KUALA LUMPUR: Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di Amerika Latin itu.
Maya yang memegang watak antagonis bernama Miranda, anggota mafia yang berselindung di sebalik kerjaya sebagai seorang pengurus hotel, menyifatkan babak tersebut sebagai paling mencabar dalam penampilannya bagi filem berdurasi 121 minit itu.
Meskipun tiada asas tarian, aktres ini berjaya menguasai tarian latin yang memerlukan gerakan dansa lincah ini selepas berlatih selama enam minggu bersama Remy Ishak, yang turut berlakon dalam filem tersebut.
"Saya sangat terkejut dengan bakat Remy dan saya juga kagum dengan chemistry (keserasian) yang kami cipta. Saya sangat suka babak itu walaupun ia hanya sekejap.
"Saya perlu hadir ke kelas tarian tiga hingga empat kali seminggu serta perlu mengingat koreografi yang adakalanya ditukar pada saat-saat akhir ," katanya kepada Bernama.
Maya yang namanya melonjak selepas membintangi filem 'Pontianak Harum Sundal Malam' itu berkata, babak tarian tango mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan, selain memerlukan enam kamera bagi mendapatkan pelbagai sudut terbaik.
Maya yang nama sebenarnya Maya Karin Roelcke dan sebelum ini pernah muncul dalam babak tarian 'Ballroom' bersama pelakon Redza Minhat menerusi filem 'Pisau Cukur' menyifatkan babak kali ini lebih sukar untuk dijayakan.
"Kita tak boleh berlatih hari-hari sebab otot-otot dan belakang semuanya sakit, umpama pergi bersenam di gimnasium hari-hari," katanya yang berpuas hati dengan hasil filem tersebut.
Filem 'The Experts' yang bakal menemui penonton esok (23 Mei), mengisahkan sebuah keluarga terdiri daripada lima beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, namun kembali berkumpul kerana satu ugutan dan arahan daripada gengster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar yang berisiko tinggi.
Dalam pada itu, mereka turut dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan dengan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini kali terakhir untuk lima beradik ini bersama?
The Experts menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz sebagai Farid iaitu ketua serta abang sulung, Syafiq Kyle (Keyrol, pakar risikan), Mimi Lana (Emma, pakar manipulasi), Remy Ishak (Amer, pakar penyamaran) serta Ray Dapdap (Lan, pakar godam).
Turut membintangi filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures itu ialah Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Maya berjaya menguasai tarian latin yang memerlukan gerakan dansa lincah selepas berlatih selama enam minggu bersama Remy Ishak. - Foto BERNAMA

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.

Tarik tumpuan dunia, The Experts ditayang di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
The Experts dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun.

Diganding sebagai abang dan adik dalam ‘The Experts’, Aaron Aziz dedah sisi lain Syafiq Kyle
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Aaron berkata dia dapatBerp

Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.

The Experts diserbu! Jadi pilihan warga Johor untuk ditonton di pawagam
Penonton juga memuji karya luar turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.

Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.

The Experts ungguli 'box office', kutip RM5 juta selepas 4 hari tayangan
Rata-rata penonton merasakan babak tersebut amat dekat dengan mereka dan bersetuju karakter adik-beradik tersebut memang wujud.

Peminat cipta rekod tonton 'The Experts' 9 kali di pawagam dalam tempoh 4 hari
PEMINAT setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.

Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di

Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.