Astro Publication
Thu Oct 23 2014
Di sini adalah gambar-gambar terbaru P1 GTR yang dikeluarkan oleh McLaren sebagai kereta yang khusus untuk pemanduan di litar. Ia masih lagi di peringkat ujian dinamik yang sudah tentu dilakukan di atas beberapa litar perlumbaan, dan buat pertama kali juga menunjukkan papan kemuka jentera ini.
Ia baharu sahaja menyudahkan beberapa siri ujian di litar F1 Bahrain. Antara komponen dan skop prestasi yang diuji adalah kemampuan sistem IPAS ataupun Instant Power Assist System (sistem kuasa serta merta) yang terbaru, imbangan kereta, pengendalian menggunakan tayar perlumbaan Pirelli; dan menguruskan pembangunan aerodinamik. Ini lebih berat kepada sayap belakang P1 GTR yang disertakan sistem pengurangan daya seret (DRS).
McLaren melaporkan bahawa semua ujian berjaya dilakukan dengan keputusan yang positif, di mana semua memenuhi sasaran yang ditetapkan; dalam banyak kes, hingga melampaui jangkaan asal.
Seperti yang dibayangkan oleh namanya, asas kereta ini adalah model P1 yang juga bukan calang-calang model. Untuk P1 GTR, fokus diberikan kepada berat yang dikurangkan dan kehendak pemandu.
Bagaikan satu peringatan kepada kemampuan dan sejarah McLaren di dalam dunia sukan pemotoran, rekaan stereng P1 GTR ini diilhamkan oleh stereng MP4-23 McLaren yang memenangi kejuaraan F1 tahun 2008.
Dan sepertimana di dalam kereta F1, kawalan-kawalan untuk pelbagai fungsi kereta yang boleh diubah dapat dibuat tanpa tangan pemandu melepaskan stereng. Ini termasuk untuk sistem DRS dan IPAS.
Pemandu duduk di atas kerusi dengan rekaan DTM (diperbuat gentian karbon) dan mempunyai tali pinggang 6-point. Walaupun pengurangan berat menjadi tumpuan, unit pendingin udara masih lagi dikekalkan untuk keselesaan sewaktu pemanduan agresif.
Pakej
Harus diingat bahawa model P1 adalah kereta yang eksklusif, dan P1 GTR juga berkongsi kualiti ini. Oleh sebab itu ia disertakan sekali dengan program pemandu McLaren P1 GTR – yang bermakna setiap pemandu/pemilik akan mendapat capaian ke dunia di dalam Pusat Teknologi McLaren.
Sepertimana pemandu-pemandu juara dunia yang berlumba untuk McLaren, setiap peserta program pemandu P1 GTR ini akan seterusnya mengikuti latihan-latihan direka khas untuk menajamkan lagi kebolehan memandu, seterusnya mendapat prestasi terbaik daripada jentera dan diri mereka sendiri. Untuk itu, mereka akan mendapat peluang untuk memandu simulasi perlumbaan canggih yang dimiliki McLaren.
Pengetahuan daripada ini adalah sebahagian daripada persiapan sebelum mereka di bawa ke litar sebenar. Bukan hanya melibatkan 1 atau 2 litar, tetapi program ini akan membawa pemilik P1 GTR ke litar F1 diseluruh dunia. Di setiap lokasi ini, mereka akan mendapat pasukan teknikal mereka sendiri, termasuk pelatih dan ketua jurutera yang akan menerangkan tentang telemetri dan analisis video. Pendek kata, bagaikan program untuk pemandu profesional.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
McLaren P1 GTR – gambar tambahan muncul
Keretanya masih di dalam pembangunan, tetapi program pemandu McLaren P1 GTR sudah cukup untuk menjerat minat seorang drebar sejati