Lagu tema sitkom itu pernah dinyanyikan oleh The Rembrandts yang diangotai oleh Phil Solem dan Danny Wilde.
Namun apa yang menariknya, sempena menyambut ulang tahun ke-25 sitkom tersebut, lagu itu telah dinyanyikan semula oleh penyanyi yang popular dengan lagu All About That Bass, Meghan Trainor.
Sudah pasti peminat begitu teruja apabila mengetahui lagu itu dinyanyikan semula oleh Meghan.
Ini antara reaksi peminat-peminat.

Sejak dimuatnaik lagu tersebut telah didengari oleh lebih daripada 16,000 pendengar di Youtube.
Sitkom ini dibintangi oleh Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry, David Schwimmer dan Jennifer Aniston.