PENGACARA dan blogger, Nisa Kay mengakui beliau reda dan sedia menerima apa saja kesan susulan video aksinya membuat 'tarian ghairah' pada sebuah majlis di ibu kota, kelmarin, menjadi tular.
Memetik laporan BH Online, beliau turut akur sekiranya kerja-kerja promosi yang dilakukannya di laman sosial ditarik balik.
"Setakat ini ada beberapa kempen perlu saya promosikan di Instagram. Tetapi, andai kata saya tiada kerja promosi gara-gara isu ini, saya reda. Apa yang penting, saya yakin rezeki boleh didapati di mana-mana, selagi ada doa dan usaha.
"Saya juga sedar kesan yang akan berlaku selepas ini, selain ia mencalar nama baik sendiri," katanya seperti dipetik portal tersebut.
Mengulas tentang reaksi netizen yang mengkritik aksi tarian yang dilakukannya itu, Nisa berkata beliau mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak membalas komen-komen tersebut kerana merasakan itu yang terbaik.
"Saya belajar untuk tidak melayani mereka. Masing-masing akan kecam sehinggalah kita membalas komen itu. Mujur, ibu bapa saya berada di sisi walaupun mereka menegur perlakuan saya itu," ujarnya yang mengakui agak lalai pada ketika itu.
Beliau mengakui terkejut video tariannya itu disebarkan serta komen yang dilemparkan netizen yang rata-ratanya menyifatkan aksi Nisa itu tidak sesuai untuk wanita bertudung.
Bagaimanapun, Nisa menyifatkan apa yang berlaku sebagai pengajaran yang sangat besar buat dirinya.
Astro Awani
Wed Feb 28 2018
Nisa menyifatkan apa yang berlaku sebagai pengajaran yang sangat besar buat dirinya. - Foto Twitter/@nisa_kay
ASEAN perlu sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan
ASEAN perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran baharu kepada keselamatan dan kesepaduannya.
Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, pelbagai pakatan multilateral baharu mungkin muncul dan mencabar konsep “ASEAN centrality”, atau keutamaan ASEAN sebagai platform tunggal untuk berdialog, membuat keputusan dan mencorak hala tuju rantau ini.
Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, pelbagai pakatan multilateral baharu mungkin muncul dan mencabar konsep “ASEAN centrality”, atau keutamaan ASEAN sebagai platform tunggal untuk berdialog, membuat keputusan dan mencorak hala tuju rantau ini.
Seminit RM1,600, gaji Cristiano Ronaldo cecah ratusan juta setiap bulan
Cristiano Ronaldo, merupakan penerima gaji tertinggi selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr.
TikTok beritahu pengguna AS perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok kesal terhadap undang-undang AS yang mengharamkan aplikasi itu.
ASEAN 2025: Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama - Mohamad
Guna pakai ASEAN secara efektif dalam melaksanakan langkah bermakna untuk membendung krisis iklim.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
Ada yang anggap Lisa berubah kerana suami, saya cuma restu - Datuk Yusry
Yusry juga tidak pernah menghalang atau memaksa isterinya untuk melakukan penghijrahan sebesar itu.
Mahkamah EU putuskan majikan boleh pecat pekerja berhijab
Mahkamah berpendapat ia selari dengan peraturan umum syarikat yang melarang penggunaan simbol agama secara jelas di tempat kerja.
Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis di Kota Sarang Semut di sini, hari ini selepas mendapati gambarnya disalah guna dengan dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.
"Saya buat kerana Allah" - Mula bertudung 11 Syawal, Kilafairy mohon doa agar istiqamah
Kata Kilafairy keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan dirasakan sudah tiba masanya untuk menutup aurat lebih sempurna.
'Saya tak nak umum secara rasmi' - Sudah berhijab? Ini komen Amyra Rosli
Amyra menyerahkan kepada umum untuk memikirkan sama ada imej terbabit untuk watak Dhiya dalam drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan atau sebaliknya.
Sumaiyah teruja jadi penghantar makanan walaupun berkerusi roda
Lumpuh dan berkerusi roda bukan alasan untuk wanita ini melakukan berkerja berat sepertimana insan lain.
Siti Nurhaliza jawab dakwaan pakai busana ciplak
Tidak melatah bila didakwa pakai rekaan yang diciplak daripada pereka antarabangsa
Gadis Malaysia raih tempat kelima Miss Universe New Zealand
Nurul merupakan satu-satunya peserta Asia, beragama Islam dan bertudung. Dia juga mencatat sejarah sebagai peserta bertudung pertama berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu.
Menari 'ghairah': Nisa Kay reda dengan kesan dan akibat
Pengacara dan blogger, Nisa Kay mengakui beliau reda dan sedia menerima apa saja kesan susulan video aksinya membuat 'tarian ghairah' pada sebuah majlis di ibu kota, kelmarin, menjadi tular.