SEBAGAI peminat 'martial art' dan sukan seni bela diri campuran (MMA), tentunya 'Sangkar' merupakan filem terbitan tempatan yang amat dinanti-nantikan penulis.
Mana tidaknya, filem kerjasama mega empat penerbit iaitu penerbit iaitu Astro Shaw, Primeworks Studios, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment ini merupakan filem MMA yang pertama di Malaysia. Belum pernah ada lagi sebelum ini!
Apatah lagi, filem ini diarah oleh pengarah tersohor Kabir Bhatia yang terkenal dengan sinematografinya yang agak 'dark' dan lain dari filem-filem tempatan yang lain.
Okay, seperti yang kita tahu filem ini mengisahkan tentang dua petarung MMA, iaitu Adam (Zul Ariffin) dan pencabar utamanya Johan (Remy Ishak) serta cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi mereka.
Dari segi aksi, 'fight scenes' atau aksi lawan yang dipaparkan dalam filem ini memang sangat meyakinkan.
Pergerakan MMA yang ditonjolkan langsung tidak nampak kekok -- seperti menyaksikan pertarungan MMA sebenar.
Jika anda berada di dalam panggung, suasana perlawanan yang dipaparkan membuatkan seolah-olah seperti anda berada di arena atau stadium.
Penulis juga teruja dapat melihat aksi dari beberapa petarung sebenar seperti Jihin Radzuan, James McSweeney dan Davron Kuronboev, selain penampilan dari wajah-wajah 'familiar' MMA seperti Peter Davis, Saiful Merican, Rashid Salleh dan Andy Teh.
Terdapat adegan yang mampu membuat peminat MMA 'meremang' seketika seperti poster-poster UFC dan Bellator yang tertera pada dinding di 'background', serta latihan yang dilalui Adam dan pertarungan ONE Championship yang dipaparkan filem tersebut.
Sungguh pun begitu, filem Sangkar ini juga sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan bagi mereka yang bukan 'MMA fan'.
Ini kerana jalan cerita filem ini bukanlah berkisarkan aksi atau pertarungan MMA semata-mata.
Selain lakonan Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah yang mantap, gandingan antara Zul dan Remy serta 'humor bersahaja' yang dipamerkan kedua-dua pelakon itu yang amat mencuit hati.
Persengketaan yang kemudiannya bertukar menjadi persahabatan yang seterusnya membawa kepada pengorbanan, mampu menerapkan rasa insaf kepada sesiapa sahaja yang menontonnya.
Selain mereka, lakonan bintang kanak-kanak Adam Mika juga harus diberi pujian kerana di usia sebegitu, beliau sudah pandai menusuk emosi penonton di samping menonjolkan watak yang cerdik dan berani.
Satu lagi penampilan yang menghidupkan jalan cerita 'Sangkar' ialah Ray Era. Watak 'comic relief' acah-acah berani yang dimainkannya berjaya membuat penonton ketawa.
Kalau hendak dirumuskan secara keseluruhan, filem Sangkar berjaya menyentuh semua deria perasaan penulis - sedih, teruja, kelakar, geram, insaf, cemas, semua ada.
Tambah menarik, adegan percintaan pun ada. Tetapi bukanlah sampai 'heavy love story', hanya secukup rasa untuk membuatkan kita tersenyum sendiri dan hati 'berbunga' sedikit.
Secara keseluruhan 'Sangkar' merupakan filem yang harus ditonton, baik anda seorang penggemar MMA ataupun bukan.
Bagi penulis, puas hati juga menontonnya cuma tambah menarik kalau diselitkan lagi babak 'training' dan pertandingan MMA, kerana penulis percaya itu boleh membuatkan lebih ramai penonton jatuh cinta dengan sukan tersebut dan mungkin terus daftar masuk kelas keesokan harinya.
Tetapi itu hanya pandangan penulis sahaja. Seperti yang dsebutkan tadi, filem ini bukan hanya mengenai MMA.
Apa-apa pun setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pembikin dan penerbit filem ini.
Jadi, apakah kesudahan pertarungan Adam dan Johan? Dapatkah mereka harungi dugaan berat yang menimpa? Nantikan kemunculan 'Sangkar' di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 29 Ogos ini.
Jangan lupa gunakan tanda pagar #SangkarMovie untuk berkongsi ulasan tentang filem ini. Selamat menonton!
Haider Yutim
Thu Aug 22 2019

Apakah kesudahan pertarungan Adam dan Johan? - Foto ihsan Astro Shaw/Infinitus Gold
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

'Babah sangat menjaga kesihatan dan selalu berjoging' - Anak Ishsam
Menurut Muhammad Iszul Imadi, Allahyarham bapanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan petanda luar biasa.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

'Saya tak akan sia-siakan peluang ini!' - Trisha Ooi teruja dapat tawaran One Cent Thief 2
Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO, serta di Astro Citra dan Astro Ria.

Fenomena 'Kahar: Kapla High Council' diteruskan di Astro First, masuk pasaran antarabangsa
Fenomena Kahar: Kapla High Council Diteruskan Di Astro First, Masuk Pasaran Antarabangsa

Astro Shaw, Etika rai kepelbagaian budaya dalam filem 'Abah saya, Uncle Mike'
Astro Shaw dan Etika mempersembahkan filem Abah Saya, Uncle Mike yang mengisahkan lelaki berbangsa cina, Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike.

Dongeng Sang Kancil angkat cerita rakyat dengan sentuhan moden, tonjol aksi penuh debaran
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan menghasilkan watak popular cerita rakyat menerusi filem Dongeng Sang Kancil.

Astro Shaw Cinematic Universe dilancarkan, jadi perintis era baharu sinema Malaysia
Peneraju utama industri perfileman tempatan, Astro Shaw terus mengorak langkah dengan memperkenal inisiatif baharu yang dinamakan Astro Shaw Cinematic Universe.

'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.

Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!

Filem 'Gold' terima anugerah paling berprestij di China
Anugerah Golden Rooster adalah anugerah filem paling berprestij di China, mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam pawagam domestik dan antarabangsa.

Don Dukun kutip RM2.1 juta selepas tiga hari tayangan!
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.