KUALA LUMPUR: Banyak hal menarik yang menjadi ‘umpan’ kumpulan rock legenda tanah air, Search untuk menarik perhatian peminat tegar mereka hadir memberi sokongan pada konsert mereka Ahad ini (4 Disember).
Memahami penyokong setia mereka tidak pernah berganjak walau seinci daripada terus memberi sokongan, maka anggota Search mahu mengabadikan sesuatu yang luar biasa pada pementasan
Search Rock On 40 di Istana Budaya, hujung minggu ini,
Sesudah lebih empat dekad secara konsisten memperjuangkan muzik 'rock n roll', Search akan menyerahkan seluruh kecintaan mereka pada konsert yang akan menutup tirai persembahan mereka pada 2022.
Search yang dianggotai Datuk Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir sudah membayangkan pada konsert Search Rock On 40 itu, peminat akan dibawa bersama-sama mereka merentasi relung-relung masa silam yang pernah memasyhurkan mereka sebagai kumpulan rock.
Teras pengisian konsert ini, jelas Nasir, untuk membawa nostalgia Search semasa di awal penubuhan band itu di sebuah venue yang mega selain memberi peluang kepada penggemar-penggemar mereka ikut sama mengenang zaman ‘muda-muda’ dulu.
“Search Rock On 40 sebagai menyatakan penghargaan Search kepada masa silam yang menjadikan Search pada kedudukan hari ini.
“Kita mahu kembalikan nostalgia itu dalam ruang masa hari ini untuk memberi kesempatan kepada peminat yang pernah ikut kami sejak dari dulu untuk menghargai pengalaman lalu dan dalam masa sama mahu angkatan peminat generasi muda melihat bagaimana permulaan jejak seni Search dalam gelanggang rock n roll,” kata Nasir dalam pertemuan dengan media baru-baru ini.
Tidak sabar menantikan tarikh 4 Disember ini, vokalis Search, Amy begitu teruja berkongsi sajian yang akan ditampilkan pada malam konsert itu.
Kata legenda seni rock n roll itu, pada persembahan Search Rock On 40, Search akan mendendangkan empat buah lagu Inggeris yang suatu masa lalu sering dimainkan di kelab malam Red Rooster.
“Kami mengambil semangat Search On 40, konsert pada kali ini buat julung kalinya akan menyaksikan kami membawa empat buah lagu cover yang selalunya kami mainkan sewaktu masih membuat persembahan di kelab malam Red Rooster.
“Kiranya, empat lagu ini wajib main setiap malam. Kami bocorkan di sini, dua antara empat lagu yang akan dimainkan pada Search Rock On 40 itu adalah Mr Crowley dari Ozzy Osbourne dan Profession of Violence dari UFO,” kata Amy.
Dalam keghairahan bercerita mengenai pengisian konsert itu, Amy dan rakan-rakannya juga berpendapat, konsert kali ini yang mengambil tema 40 tahun kembara seni juga adalah sebuah penghormatan buat semua band rock senior dan generasi baharu.
“Konsert ini adalah satu penghormatan buat semua band rock lama yang berjuang 30 sampai 40 tahun dan band baru untuk membuktikan meski banyak cabaran yang melanda, muzik rock tetap relevan industri seni muzik,” ujar Nasir pula.
“Untuk Search Rock On 40 ini, kami seperti biasa akan membuat eksperimentasi, ubah intro, tapi solo solo yang signifikan kami tidak akan hilangkan tune yang penting dan sudah dikenal oleh peminat.
“Selebihnya konsert akan mengalir secara spontan, bergantung kepada Amy yang selalu di luar jangka sewaktu membuat persembahan,” kata mereka lagi.
Search Rock On 40 adalah pementasan yang pasti mahu ditonton oleh pencinta-pencinta Search kerana pada masa akan datang, kembara muzik mereka akan berbeza pula.
Kepada yang berminat, pastikan anda mendapatkan tiket-tiket yang dijual pada harga RM168, RM238, RM288, RM388, RM488, VIP RM2,500 (empat orang) dengan melayari menaranetwork.com atau hubungi 019 451 9288 / 019 887 9288 / 019 972 9288.
Saharudin Musthafa
Sat Dec 03 2022

Kumpulan Search yang dianggotai oleh Datuk Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir akan mengadakan konsert Search Rock On 40 di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Ahad ini (4 Disember). - Astro AWANI
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Allahyarham Jiman insan berjiwa besar - Amy Search
Amy tergamam terima berita pemergian sahabatnya, Jiman Casablancas.

Konsert Search Fantasia Bulan Salju, beri definisi 'berkelas'
Search beraksi cemerlang di konsert Fantasia Bulan Salju di Arena of Stars Genting Highlands!

'Ada persamaan dengan arwah Yazit' - Amy perkenal drummer baharu Search berusia 17 tahun
Naimi muncul buat julung kali beraksi bersama Search di Konsert Nusafest 2023 dekat Bandar Malaysia, pada malam Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

'Lupakan cerita yang belakang tu' - Kembali berbaik, Amy rancang sesuatu dengan Awie
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, memberitahu dia membuat keputusan untuk melupakan segala sengketa dan bersahabat kembali.

'Kami dah rujuk, alhamdulillah' - Amy Search dan Awie berdamai, akhiri perang dingin
Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.

'Saya sambut Aidiladha dengan papa' - Nabila Huda lega ibu pilih beraya dengan sahabat
Oleh kerana telah menyambut Syawal bersama keluarga suaminya, Mohd Izwan Johar di Singapura, dia memutuskan untuk berkampung di kediaman bapanya Amy Search.

Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.

Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.

Amy Search kini bergelar Datuk
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Johor terima kunjungan Amy, kumpulan Search
Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan kepada Sultan Ibrahim.