WALAUPUN sudah 40 tahun berada dalam dunia seni Datuk M.Nasir tetap komited menghadiri latihan sebagai persiapan untuk Konsert M.Nasir Satu Hikayat akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Mesti ramai yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat seniman tersohor itu mempersembahkan 28 buah lagu esok.
Konsert M.Nasir Satu Hikayat akan diiringi pemuzik dikenali sebagai ‘Gong’ yang terdiri daripada Aznan Alias, Firdaus Mahmud, Raffi dan Ujang Exists (kepada yang belum tahu), yang sering bersama beliau dalam konsert juga rakaman album.
Pada malam konsert yang berdurasi 2 jam 30 minit itu nanti, M.Nasir bukan sahaja akan menyanyikan lagu-lagu beliau sahaja tetapi akan turut membawa lagu-lagu ciptaannya yang pernah dinyanyikan artis lain.
Wah! Teruja kan? Jangan cakap tidak kerana buktinya, tiket konsert awal-awal dah ‘sold out’ sehingga penganjur terpaksa menambah sehari lagi tarikh persembahan atas permintaan peminat.
Fuh! Bukan biasa-biasa aura dimiliki Datuk M.Nasir tau!
BACA: Cerita pemuzik menjelang Konsert M.Nasir Satu Hikayat
BACA: M. Nasir rai ulang tahun ke-40 dengan konsert berskala besar
BACA: Konsert solo M. Nasir dilanjutkan satu malam lagi
Oklah, sedikit trivia tentang Datuk M.Nasir:
Dilahirkan pada 4 Julai 1957 di Singapura, Datuk M.Nasir merupakan seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah serta pelukis yang menetap di Malaysia.
Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia.
M. Nasir juga ialah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap empat dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.
Datuk M.Nasir merupakan pelajar pengajian diploma dalam lukisan Barat di Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura dan asalnya mahu menjadi seorang pelukis.
Beliau mula menceburi bidang penciptaan muzik pada tahun 1978 apabila seorang rakan yang merupakan penerbit eksekutif PolyGram Singapura, Wan Ibrahim telah menjemput beliau menulis lirik lagu untuk kumpulan Alleycats yang sedang meningkat popular ketika itu.
Gempak
Fri Nov 22 2019

Konsert M.Nasir Satu Hikayat akan diiringi pemuzik dikenali sebagai 'Gong' yang sering bersama beliau dalam konsert juga rakaman album. - Astro GEMPAK

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Penyanyi muda perlu kerap hasil lagu baharu untuk lebih berjaya - Norman KRU
Kehadiran ramai penyanyi baharu dilihat penyanyi senior, mewujudkan lambakan penyanyi sekali gus menuntut artis muda mempunyai 'strategi tertentu'.

Kementerian Komunikasi laksana kajian pembangunan, penubuhan jawatankuasa protem industri muzik
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan pelaksanaan Kajian Pembangunan Industri Muzik Malaysia (KPIMM) dan penubuhan Jawatankuasa Pro Tem Industri Muzik (JK-PTIM).

Kongsi 25 tahun perjalanan kerjaya, Rossa harap dokumentari jadi inspirasi
Dokumentari yang dihasilkan sempena ulang tahun ke-25 kerjaya seni beliau mengisahkan perjalanan hidup dan kejayaannya sepanjang karier.

'Sampah sarap jangan dibawa masuk dalam industri' - XPDC Kita Pengyu
XPDC Kita Pengyu menganggap kehadiran band tiruan yang menggunakan nama dan lagu mereka tidak seharusnya dilayan bahkan jauh sekali tidak layak untuk bersaing dalam industri muzik tanah air.

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka
Permohonan bagi DKD Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).

Kerajaan timbang tubuh badan selia industri muzik, bela nasib penyanyi di Malaysia - Zahidi
Kementerian percaya kewujudan badan berkenaan akan dapat membantu golongan penyanyi sebagaimana Finas membantu para pelakon.

Anis Kalisa, wajah ayu di sebalik 'riff' ganas dan air mata COVID-19
Mendengar riff yang dimainkan agar sukar mempercayai ia hadir daripada wanita cantik yang mampu menyampaikan metafora indah dalam irama rock yang keras.

Datuk Wah Idris, pencipta, pencinta lagu patriotik
Karyanya yang paling membanggakan, sudah tentulah sebuah lagu ikonik, evergreen sepanjang zaman, Standing In The Eyes Of The World.

Wujud akta khusus lindungi industri muzik - Saifuddin
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang mewujudkan satu akta khusus bagi menyelia dan melindungi industri muzik negara.

Menjelang Konsert M Nasir Satu Hikayat, jom tengok sifu rehearsal
Mesti ramai yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat seniman tersohor itu mempersembahkan 28 buah lagu esok.