Pemenang anugerah heroin aksi Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng menerima anugerah ketiga Legion d'Honneur dari Perancis atas sumbangannya dalam bidang kebudayaan dan industri perfileman.
Beliau dianugerahi darjah 'the Commander of the Legion d'Honneur' oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis di sini pada Selasa.
Yeoh, 54, sebelum ini dikurniakan 'Knight' dan 'Officer' anugerah berprestij itu oleh kerajaan Perancis masing-masing pada 2007 dan 2012.
Turut hadir pada majlis itu ibunya Datin Janet Yeoh, iparnya Megan Yeoh dan Duta Besar Perancis ke Malaysia Christophe Penot.
Muncul dengan pakaian gemilang hijau zamrud rekaan Elie Saab, aktres itu berkata ia benar-benar satu penghormatan buatnya daripada Hollande.
"Saya amat teruja dan berasa begitu dihormati... dalam jadualnya yang amat ketat, bagi Presiden Holland melakukan ini, saya benar-benar rasa dihormati," kata Yeoh kepada Bernama.
Anugerah the Legion d'Honneur diwujudkan oleh pemimpin tentera dan emperor Perancis Napoleon Bonaparte pada 1802.
Ia mengandungi lima darjah -- Chevalier (Knight), Officier (Officer), Commandeur (Commander), Grand Officier (Grand Officer) dan Grand'Croix (Grand Cross).
Warga Malaysia lain yang menerima anaugerah the Legion d'Honneur termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2010 serta ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes pada 2010 dan 2013.
Dilahirkan di Ipoh, Perak pada 6 Ogos 1962, Yeoh melonjak ke kemuncak kesohoran antarabangsa bila beliau berlakon di samping Pierce Brosnan dalam filem Bond 1997, 'Tomorrow Never Dies.'
Hollande, yang sedang dalam lawatan negara dua hari ke Malaysia sejak semalam turut mengadakan pertemuan dengan masyarakat Perancis di Malaysia sebelum menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Negara.
--BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2017

Francois Hollande menyampaikan pingat kepada Michelle Yeoh pada majlis Penganugerahan Commander of the Legion d'Honneur di Kediaman Kedutaan Perancis, pada Selasa, 28 Mac, 2017. - fotoBERNAMA

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.

Presiden Perancis akhiri lawatan negara dua hari ke Malaysia
Dalam lawatannya, Hollande diiringi oleh menteri-menterinya, anggota parlimen, pegawai-pegawai dan delegasi perniagaan.

Michelle Yeoh dianugerah Legion D'Honneur, Perancis
Beliau dianugerahi darjah 'the Commander of the Legion d'Honneur' oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis di sini pada Selasa.

Songket Malaysia bakal diketengahkan di muzium Perancis
MoU akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua kerajaan dan mencipta lebih peluang untuk pertukaran budaya.

Lawatan Hollande akan lonjakkan pelaburan syarikat Perancis di Malaysia - Mustapa
Kini terdapat sekurang-kurangnya 270 syarikat Perancis beroperasi di sini dengan nilai pelaburan RM15 bilion, dalam sektor seperti pembuatan, perkhidmatan dan kewangan.

Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.

Malaysia, Perancis terus komited perkukuhkan hubungan
Perancis ingin terus memastikan hubungan rapat antara dengan Malaysia dikekalkan.

Francois Hollande terima sambutan negara
Presiden Perancis Francois Hollande yang tiba untuk lawatan negara dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini.

Hollande tiba di Malaysia untuk lawatan negara dua hari
Presiden Perancis Francois Hollande tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini untuk memulakan lawatan negara dua hari di Malaysia.

Sekatan imigresen Trump bersifat diskriminasi
Sekatan imigresen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada warga Islam dari tujuh negara disifatkan tidak wajar dan bersifat diskriminasi.

Sekatan kemasukan AS: Presiden Perancis beri amaran kepada Trump
"Dalam dunia yang tidak stabil dan tidak menentu ini, bertindak secara 'inward' merupakan satu jalan buntu," kata Hollande kepada Trump dalam perbualan telefon rasmi pertama antara mereka.