CANNES: Bintang Everything Everywhere All At Once yang juga pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh terus menerima pengiktirafan, kali ini di Festival Filem Cannes apabila dia dianugerahkan dengan anugerah khas Kering’s Women in Motion Award.
Yeoh, yang turut memenangi Anugerah Golden Globe dan SAG tahun ini, menerima tepukan gemuruh tetamu termasuk Leonardo DiCaprio, Isabelle Hupert, Rebel Wilson, Alfonso Cuaron, Salma Hayek, presiden juri Ruben Östlund, ahli juri Paul Dano dan Brie Larson, Presiden Festival de Cannes Iris Knobloch, dan Pengarah Festival Cannes, Thierry Frémaux.
“Sudah terlalu lama kami sebagai wanita terpaksa berada di belakang dan tidak dimasukkan sebagai topik perbincangan. Kami sering diberitahu pintu untuk kami sudah ditutup.
"Virginia Woolf pernah berkata, ‘tidak ada pintu pagar, tiada kunci, tiada bolt (besi halangan) yang boleh anda pasangkan pada kebebasan fikiran saya.’ Idea kami (wanita) tidak berkesudahan. Semangat kami tidak terhingga. Dan kami datang untuk mengetuk pintu itu,” kata Yeoh dalam ucapan.
Yeoh seterusnya menyebut beberapa watak ikonik yang pernah dipegangnya, "yang kuat, berkebolehan dan tidak takut untuk membela diri sendiri," termasuk Wai Lin dari Tomorrow Never Dies, Yu Shu Lien dari Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Evelyn Wang dari Everything Everywhere All At Once.
"Mereka telah mengajar saya banyak perkara tentang bagaimana saya ingin bergerak dalam dunia, iaitu dengan integriti, dengan kekuatan dan lebih penting, kasih sayang," katanya.
Penerima anugerah itu sebelum ini termasuklah Viola Davis, Jane Fonda, Geena Davis, Susan Sarandon, Isabelle Huppert, Patty Jenkins, Gong Li dan Salma Hayek.
Agensi
Mon May 22 2023

Yeoh dianugerahkan dengan anugerah khas Kering's Women in Motion Award. - Foto/Vianney Le Caer/Invision/AP

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

“Seperti satu kegagalan kerana tiada anak” - Michelle Yeoh
"Saya berusia 62 tahun. Sudah tentu, saya tidak akan mempunyai bayi sekarang."

Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat di Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.

Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh ucap tahniah pada Lee Zii Jia, Aaron dan Wooi Yik
Aktres Hollywood kelahiran Malaysia bangga dengan pencapaian skuad badminton negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.

#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.

Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.

Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.

Rupanya Michelle Yeoh sambut cucu, bukan anak!
Pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh memberitahu gambar kaki bayi yang dimuat naik sebentar tadi merupakan gambar kaki cucunya.

Dilantik duta jenama popular dunia, Michelle Yeoh dikecam
Kerana mengumumkan pelantikannya itu, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia disifatkan tidak sensitif dengan perkembangan yang berlaku di Gaza.

Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC
Pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa.

Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga
Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraannya selepas berpeluang pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.