KUALA LUMPUR:Penyanyi dan bintang sape kelahiran Sarawak, Alena Murang membanggakan negara apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Penggayaan Terbaik dalam Festival Video Muzik Bueno Aires 2020.
Kemenangan tersebut diperolehi menerusi karya lagu suku kaum Kelabit yang berjudul, Midang Midang.
Keputusan itu disahkan oleh Alena melalui perkongsian di akaun Instagramnya yang memaparkan keputusan rasmi yang dinyatakan di laman web festival berkenaan.
Ini sekali gus menyaksikan Alena berjaya mengetepikan tujuh saingan lain dari pelbagai negara.
Dalam festival yang sama, bintang berdarah Kelabit-Itali ini turut berjaya menempatkan karya Midang Midang dalam pencalonan Video Antarabangsa Terbaik.
Menariknya dalam kategori itu, pesaing Alena terdiri dari artis terkemuka seperti bintang pop sensasi, Madonna.
BACA: Alena Murang dicalon untuk Anugerah Festival Video Muzik Buenos Aires
Untuk makluman, penggambaran video muzik Midang Midang dilakukan di Bario dan Miri dengan kolaborasi Project Room dan Kanid Studio.
Projek ini turut mendapat sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) serta Majlis Bandar Raya Miri (MBM).
Setakat ini, lagu berdurasi tiga minit 27 saat itu telah menerima lebih 32,000 tontonan di platform YouTube.
BACA: Alena julang nama Sarawak di persada muzik dunia - Abdul Karim
Sementara itu, bagi Pengasas Gebriel Padan Artistry, Gebriel Padan yang terlibat sama dalam penghasilan video muzik Midang Midang, kemenangan ini satu momen yang amat bermakna buat pasukan produksi kerana membuktikan anak Sarawak mampu memberikan saingan hebat di peringkat antarabangsa.
“Kemenangan ini amat bermakna buat saya, Alena Murang dan juga pengarah, Sarah Lois. Melalui projek ini kami dapat mempromosikan adat budaya dan juga lagu tradisi di peringkat global," katanya.
Gebriel berkata demikian ketika dihubungi wartawan Astro AWANI Sarawak.
Nickyson Nyambar
Tue Dec 01 2020
Kemenangan Alena Murang melalui kategori Anugerah Penggayaan Terbaik Festival Video Muzik Bueno Aires 2020 ini jadi batu loncatan buatnya untuk terus menghasilkan karya bertaraf antarbangsa di masa akan datang - Foto Alena Murang
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Karya Alena Murang, 'Warrior Spirit' menang Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Buenos Aires
Selain Alena, turut menerima anugerah di BAMV Fest adalah selebriti terkemuka dunia seperti Lil Nas X, Doja Cat an Megan Thee Stallion.
RWMF diadakan secara maya menerusi Shopee Live
Tahun lalu, festival tersebut dibatalkan berikutan penularan COVID-19 dan kali ini kembali secara maya.
Rainforest World Music Festival 2021 dianjur secara dalam talian
Penganjuran Rainforest World Music Festiva (RWMF) tahun ini akan dianjurkan secara penstriman percuma bermula 18 Jun sehingga 20 Jun 2021.
Pandemik tidak halang Alena cipta 'masterpiece' buat peminat
Dengan rentak unik, lagu-lagu yang dihasilkan Alena Murang menerusi album Sky Songs diharap dapat tembus ke corong radio dan media komersial
'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.
Alena Murang... Ini duta penghubung budaya Malaysia dengan masyarakat luar
Penceritaan dalam sesebuah karya penting untuk memberi gambaran kepada masyarakat dunia khasnya dalam memperkenalkan keunikan Malaysia.
Midang Midang karya Alena Murang menang Anugerah Penggayaan Terbaik di Argentina
Alena mengungguli anugerah itu melalui Festival Video Muzik Bueno Aires 2020, selain tercalon untuk kategori Video Antarabangsa Terbaik.
Alena julang nama Sarawak di persada muzik dunia - Abdul Karim
Pencalonan Alena Murang bagi dua kategori mampu membuka mata pencinta muzik global mengenai keindahan muzik Sarawak dan keindahan alam semulajadinya.
Alena Murang dicalon untuk Anugerah Festival Video Muzik Buenos Aires
Penyanyi dan bintang Sape kelahiran Sarawak, Alena Murang dicalonkan bagi anugerah Video Antarabangsa Terbaik dan Penggayaan Terbaik menerusi lagunya, Midang-Midang.
Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital
Dana yang berjaya diraih melalui konsert tersebut akan disalurkan kepada mangsa kebakaran rumah panjang Belukun, Long Sela'an di Baram, Miri.