Program televisyen terbesar dunia 'Marche International de Programmes de Television' (MIPTV) hari ini menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah acara MIPTV itu tahun 2016.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan berkata tawaran yang diberi oleh pihak pengurusan MIPTV membuktikan pengiktirafan terhadap industri perfileman serta drama di Malaysia adalah setanding di peringkat antarabangsa.
Md Afendi berkata MIPTV sebenarnya mahu Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun depan, namun atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan termasuk dari segi persediaan, Finas berharap peluang itu dapat dianjak setahun kemudian.
"Bukan mudah untuk anjurkan MIPTV ini, kita kena pastikan ada kos yang mencukupi. Ini kita perlu bincang terlebih dahulu. Kena pastikan juga syarikat penerbitan yang ada turut serta selain perlu mampu menyediakan tenaga kerja yang ramai," katanya kepada wartawan pada hari terakhir MIPTV 2014 di sini, yang bermula Isnin dan berakhir Khamis.
Beliau menjelaskan walaupun Malaysia bergelar hos pada 2016 ini bukan bererti MIPTV akan dibawa keluar dari Cannes, sebaliknya ia tetap diadakan di Palaes de Festival di French Riviera di sini yang cukup sinonim dengan acara itu sejak 1964.
"Maknanya di sini, bila Malaysia jadi tuan rumah maka segala persiapan dan perjalanan MIPTV di Cannes ini akan dikendalikan oleh kita sepenuhnya," katanya.
Md Afendi berkata sebagai tuan rumah, faedah yang dinikmati bukan sahaja dari segi industri perfileman dan drama tetapi juga oleh industri pelancongan.
"Bayangkan...seluruh bandar Cannes ini akan dipasang dengan bendera Malaysia. Turun sahaja dari lapangan terbang Nice akan nampak nama dan bendera Malaysia, poster berkaitan Malaysia malah teksi di seluruh Cannes pasang bendera Malaysia," katanya.
Mengulas tentang MIPTV 2014, Md Afendi berkata sambutan yang diterima 19 syarikat Malaysia yang terlibat kali ini amat menggalakkan dan beliau optimis sasaran jualan RM25 juta daripada pelbagai jaringan urus niaga merangkumi jualan produk, kerjasama produksi, pelesenan dan pengedaran dapat dicapai.
"Angka sebenar masih tak dapat diberikan kerana ada syarikat yang masih dalam rundingan dan belum 'closed-deal', tapi kita yakin sasaran itu mampu tercapai," katanya.
Md Afendi berkata dalam penyertaan MIPTV akan datang, Finas berhasrat membuat kelainan di Pavilion Malaysia dengan memaparkan lebih banyak identiti serta budaya pelbagai kaum rakyat Malaysia yang bertujuan mempromosi negara.
"Mungkin kita boleh pasang Gamelan, pakai pakaian tradisional kita dan Finas berharap Tourism Malaysia dapat turut serta untuk promosikan lagi pelancongan kita," katanya.
Sebanyak 10,000 peserta dari 90 negara menyertai MIPTV 2014 yang merupakan acara tahunan di Palaes de Festival pada musim bunga setiap tahun.
Penyertaan Finas pada MIPTV 2014 adalah hasil gabungan strategik kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Perbadanan Pembangunan Multimedia dengan sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Pertubuhan Kandungan Kreatif Malaysia.
Bernama
Fri Apr 11 2014

AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Rebat tunai sehingga 35 peratus galak penerbit luar jalani penggambaran di Malaysia - Finas
Tawaran rebat tunai 30 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) itu adalah yang tertinggi berbanding negara lain.

Malaysia antara 93 negara hantar filem ke Oscar
Malaysia turut menyertai senarai itu dengan filem "M for Malaysia" arahan Ineza Rousille dan Dian Lee.

Ma Dong Seok 'reject' tawaran Hollywood demi filem Korea
Ma Dong Seok terpaksa menolak tawaran berlakon dalam 'John Wick 3' kerana sibuk dengan penggambaran untuk 'The Gangster, The Cop, The Devil'

Datuk Rohana Rozhan bakal terima Anugerah TV antarabangsa
Anugerah ini diberikan kepada individu yang mempamerkan kepimpinan, kreativiti dan inovasi, dan yang mengubah pasaran televisyen global.

Tak laku di negara sendiri, filem Redha cari peluang di Cannes
Pengarah filem Redha, Tunku Mona Riza Tunku Khalid teruja apabila filem pertama arahannya terpilih antara lima produksi tempatan yang bakal ditayangkan di Cannes.

Filem lakonan Maya Karin, Nota ditayangkan di Cannes
Filem tempatan arahan pengarah Jepun Yasu Tanaka, "Nota" ditayangkan di Festival Filem Cannes yang sedang berlangsung di sana.

Norman jawab isu cetak rompak lagu baharu Wings menerusi YouTube
Norman dalam kenyataannya menyatakan rasa simpati terhadap perkara yang berlaku kerana Wings sudah lama menanti kehadiran album baru mereka.

MIPTV mahu Malaysia jadi tuan rumah 2016 - Finas
Program televisyen terbesar dunia (MIPTV) menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah acara itu pada tahun 2016.