Pelakon dan juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2014, Datuk Jalaluddin Hassan akui sedikit kecewa dengan persembahan yang ditampilkan sesetengah kumpulan yang dilihat sedikit hambar dan ‘syok sendiri’.
Menurut Datuk Jalaluddin Hassan, tema mingguan yang diberikan bukan alasan utama atau penyebab peserta tidak mampu menyerlah di atas pentas MLM 2014.
“Saya rasa tema bukan alasan untuk mereka tidak begitu menyerlah seperti apa yang berlaku di minggu-minggu sebelum ini. Mereka harus berfikir di luar kotak untuk mencari idea-idea yang bernas dan tidak berada dalam keadaan selesa kerana mempunyai sokongan peminat yang kuat.
“Saya tak mahu mereka syok sendiri. Jika mereka berlatih sebagai satu kumpulan, mereka mampu hasilkan sebuah idea yang bagus untuk dijadikan sebuah persembahan yang cukup hebat buat para penonton.
“Pilih satu idea yang boleh dibawa ke pentas dan pasti akan ada kelainan untuk persembahan yang seterusnya dari minggu ke minggu,” ujar Datuk Jalaluddin Hassan.
Tambah Datuk Jalaluddin Hassan lagi, teguran yang diberikan oleh kumpulan Jalor mengenai persembahan mereka yang membawakan pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki iaitu ‘Baju Melayu’ seharusnya harus dipandang serius.
“Ya betul lawak untuk orang ketawa, tetapi seperti kebebasan bersuara kita bebas untuk bersuara tetapi ada had-had tertentu. Mereka harus peka dan perlu menjaga sensitiviti rakyat Malaysia yang menonton program MLM 2014.
“Pastikan lawak mereka bijak. Jangan perkotak-katikkan hal agama, budaya dan kaum. Pada mereka mungkin lawak, pada sesetengah orang mungkin tidak,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Taufik Batisah mengakui sedikit kecewa dan terperanjat dengan persembahan sesetengah kumpulan yang dilihat tidak begitu menyerlah walaupun tema ‘Parodi’ sebenarnya mampu memberikan kelainan dalam persembahan.
“Tema parodi sebenarnya adalah ‘makanan’ mereka kerana macam-macam benda boleh dikaitkan. Saya terperanjat dan secara jujur agak kecewa dan yakin mereka mampu buat lebih baik dari minggu sebelumnya.
“Alhamdulillah tiada penyingkiran yang berlaku minggu ini. Jadikan ianya satu ‘wake up call’ untuk buat yang terbaik di minggu hadapan dan jadikan jalan cerita lebih padat penuh dengan ‘punchline’,” ujar Taufik.
Tema parodi di minggu keempat program Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung minggu lalu memberi pelbagai kejutan terutamanya persembahan yang cukup hebat oleh kumpulan Zero dan Bocey selain teguran ‘pedas’ yang diberi kepada kumpulan Jalor oleh Datuk Jalaluddin Hassan.
Gempak
Mon Dec 08 2014

Teguran yang diberikan oleh kumpulan Jalor mengenai persembahan mereka yang membawakan pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki iaitu Baju Melayu seharusnya harus dipandang serius. - Foto Astro Gempak
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

MLM 2014: Jangan ambil mudah soal agama, budaya dan kaum - Jalaluddin Hassan
Pelakon dan juri tetap program MLM2014, Datuk Jalaluddin Hassan akui sedikit kecewa dengan persembahan yang ditampilkan sesetengah kumpulan yang dilihat sedikit hambar dan syok sendiri'.