Seperti yang diberitahu sebelum ini, Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bakal menyuntik kelainan kepada para peminatnya tahun ini.
Antaranya, MLM 2014 bakal menyaksikan gabungan mantap Yus dan Tauke dari kumpulan 'Jambu' berpadu tenaga dengan Zizan yang merupakan ahli kumpulan 'Jozan', untuk membentuk satu pasukan dengan nama 'Virus'.
Tauke ketika ditemui pada majlis sidang media MLM 2014 di Hotel Le Meridien pada Selasa memberitahu nama Virus telah dipilih oleh mereka bertiga.
"Kami memilih nama Virus kerana tidak mahu nampak slapstik. Kalau boleh nama biarlah persembahan kami garang segarang nama yang kami pilih.
"Pada awalnya kami mahu letak nama 'JambuZ' kerana gabungan Jambu dan Zizan tetapi selepas difikirkan semula mengapa tidak kami wujudkan satu kumpulan baru yang lebih 'fresh'," katanya.
Tauke atau Zamatul Amri berkata, Virus akan cuba memberikan persembahan yang terbaik dengan idea lebih segar kali ini.
"Rasanya ramai menyedari lawak kumpulan Jambu dengan Jozan berbeza, jadi kami telah berbincang untuk mencipta satu kelainan dengan mengabungkan kedua-duanya.
"Keserasian di antara kami pula memang sudah lama wujud kerana kami dah lama kenal dan agak rapat," ujarnya.
Apabila ditanya mengenai pemilihan Zizan kerana mahu menumpang populariti pelawak itu, Tauke tidak menafikan.
"Sebenarnya sejak dari dulu lagi Jambu menumpang populariti pelawak-pelawak lain. Dulu masa mula-mula menyertai pertandingan ini orang tak kenal pun Jambu.
"Tetapi disebabkan penonton mahu menonton pelawak-pelawak popular seperti Jozan, Nabil, Boboy dalam program ini secara tak langsung orang kenal Jambu. Kerana merekalah orang kenal Jambu," katanya.
Tambah Tauke, dia dan Yus gembira kerana Zizan menerima pelawaan mereka untuk menyertai MLM 2014.
"Dua bulan juga menanti jawapan dari Zizan. Kami gembira kerana Zizan terima tawaran kami. Kami rindukan kehadiran Zizan dalam MLM, sebab itu kami ambil keputusan untuk melamar Zizan," katanya mengakhiri perbualan.
MLM 2014 masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Datuk AC Mizal.
Di bawah senarai lengkap nama peserta yang bakal berentap untuk memenangi wang tunai RM500,000.
Senarai Perserta Fast Lane (Layak Secara Automatik):
1. Sepahtu – Jep, Shuib & Ilya
2. Shiro – Ajak & Shahrol
3. Bocey – Acey, Abam & Fad
4. Virus – Tauke, Yus & Zizan
5. Nabil
6. Comey – Suhaimi & Rophie
7. SYJ – Jihan Muse, Shuk & Yassin
8. Jalor – Along, Rahim & Joey
9. Sayot – Zam Jr (Skool Of Lawak), Filzah (Skool Of Lawak), One (Skool Of Lawak)
10. Kepoh – Izu, Pian & Kamal
Selain 10 peserta di atas, terdapat 16 peserta lagi terpaksa bersaing dalam pusingan 'Hot Seat' (Kerusi Panas) untuk melayakkan mereka bersaing bersama peserta 'Fast Lane'.
Hot Seat bakal diadakan pada 31 Oktober dan 7 November ini pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna.
16 peserta ini perlu merebut empat tempat untuk melengkapkan 14 Finalis MLM 2014:
1. Ekzos – Jon LNJ, Raja Azri & Lie (Kumpulan Cuit)
2. Mamu – Ajo & Abu
3. Sakan – Jelut, Ash & Pakku
4. Samurai – Arin, Man (Raja Lawak) & Acong
5. Cak – Azmir & Ikhtiaruddin
6. Spark – Mail, Yus & Azmi (Kumpulan Ketampi)
7. Qtaro – Munir, Chot & Syed Ali
8. Token – Radhi OAG, Wira (Kumpulan Wili), Ezad Lazim
9. Chilok – Chiwan, Achok, Wan Lopez
10. Badboy – Aboy & Bard
11. Zero – Sahrif, Syaiful & Sharif
12. Glory – Aziz Kota, Elly & Sathia
13. Shake – Amirullah, Bell Ngasri & Haszmi
14. Gap2 – Azlan, Rohaizat, CT Chubby
15. JBOND – Che Mat & Pak Cu
16. Wala – Lopz & Wan
Gempak
Wed Oct 22 2014

Tauke memberitahu nama 'Virus' telah dipilih oleh mereka bertiga. - Foto Astro Gempak
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Jenazah Yus Jambu selamat dikebumikan
Jenazah pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nesam pukul 2.30 petang tadi.

Pak Yus, kami akan sentiasa merinduimu
Peminat komedi tanah air pastinya akan merindui lawak Pak Yus yang semestinya sukar dicari.

Belasungkawa: 10 perkara tentang Yus Jambu
Bakat Yussry Edo mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.

Pemergian Yus Jambu, rakan artis kongsi kesedihan
Peminat dan rakan artis membanjiri laman sosial untuk mengucapkan takziah atas pemergian Yus yang disifatkan sebagai artis serba boleh itu.

MLM 2014: Tauke, Yus, Zizan bergabung jadi 'Virus'
MLM 2014 bakal menyaksikan gabungan mantap Yus, Tauke dan Zizan membentuk satu pasukan dengan nama Virus.

Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini
Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.

Siapa juara "Maharaja Lawak Mega 2013"?
Jawapannya hanya diketahui malam ini selepas pentas akhir malam 2013 berakhir di Stadium Melawati Shah Alam.

Tiada penyingkiran ikut format yang disediakan
Shiro, Bocey, Jambu, Nabil dan Sepahtu akan bersaing merebut gelaran juara dalam gelanggang akhir di Shah Alam, minggu depan.

Persiapan menjelang kemuncak Maharaja Lawak Mega
Astro sediakan layar besar di luar dewan sebagai persiapan menerima kebanjiran peminat di kemuncak Maharaja Lawak Mega 2012.