KUALA LUMPUR: Pelakon wanita tempatan, Moon Nila yang diiktiraf dalam Malaysia Book of Records kerana melakonkan "paling banyak watak dalam satu siri drama", bertekad untuk memberi inspirasi kepada bakat muda terutama wanita bahawa mereka tidak perlu memainkan peranan yang panas atau berahi untuk berjaya dalam industri perfileman.
Bekas jururawat kelahiran Melaka yang menggunakan nama sebenarnya itu percaya walaupun godaan wanita masih wujud dalam industri, wanita yang berpegang teguh kepada nilai dan kesopanan masih boleh pergi jauh menerusi dedikasi, kerja keras dan maruah.
"Sepanjang kerjaya, saya tidak pernah berlakon dengan memakai pakaian mencolok mata atau terlibat dalam mana-mana adegan intim, saya berpegang pada nilai konservatif yang diterapkan oleh ibu saya.
"Jadi, saya amat percaya bahawa wanita yang bermaruah juga boleh cemerlang dalam industri perfileman jika mereka mempunyai dedikasi dan bekerja keras dalam kehidupan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Moon Nila, 33, telah mendapat pengiktirafan menerusi siri seram tempatan bertajuk 'Iraivi Thirumagal Kaadu' dengan beliau memainkan watak sebagai wanita tua, tukang tilik, wanita kaya, pakar herba, gadis gila, doktor, penjual buku, gadis dan dewi.
Menerusi pengiktirafan berkenaan, beliau berharap mampu mengubah tanggapan salah mengenai wanita dalam industri perfileman bahawa mereka hanya boleh cemerlang dalam industri dengan memakai pakaian mencolok mata atau berlakon dalam adegan intim.
Moon Nila mendedikasikan pengiktirafan berkenaan kepada mendiang ibunya yang membimbingnya sejak kecil serta wanita yang bersama-sama mencapai kejayaan dalam industri perfileman secara bermaruah.
"Saya harap anugerah ini mampu menjadi pemangkin untuk membantu industri hiburan tempatan mencapai standard dunia dan membantu wanita keluar daripada peranan stereotaip," katanya sambil menambah bahawa negara seperti India telah menerbitkan artikel mengenai pengiktirafannya.
'Iraivi Thirumagal Kaadu' yang merupakan drama fiksyen suspen 22 episod arahan SD Puvendran telah disiarkan di saluran Astro Vinmeen HD pada 3 Mac lepas.
Moon Nila menerima pengiktirafan berkenaan pada satu majlis yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Hulu Klang, Selangor, 20 Julai lepas.
Mengenai projek terbaharunya, Moon Nila berkata beliau akan berlakon dalam siri tempatan 44 episod selain dipelawa oleh penerbit Singapura untuk berlakon dalam satu siri.
Beliau juga mahu mencuba pelbagai peranan dalam industri perfileman dengan berlakon watak 'Dasi' suatu hari nanti.
Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan filem baharu yang dibintanginya 'Senthozhan Sengkathirvaanan' yang ditayangkan pada 28 Julai di 65 pawagam di seluruh negara sebagai satu pencapaian besar dalam kerjaya lakonannya.
Diterajui oleh Govind Singh, filem seram psikologi itu turut menampilkan pelakon Kash Villanz, Shamini, Cellina Jay dan Chandinie Kaur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022

Bagi Moon Nila, pelakon wanita tidak perlu memainkan peranan yang panas atau berahi untuk berjaya dalam industri perfileman. - Bernama

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.
AWANI Ringkas: 'Gummy' mata - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Moon Nila mahu ubah peranan stereotaip wanita dalam filem
"Sepanjang kerjaya, saya tidak pernah berlakon dengan memakai pakaian mencolok mata atau terlibat dalam mana-mana adegan intim."