CEF selebriti, Anis Nabilah menyimpan hasrat untuk menyediakan masakan kepada Ratu Elizabeth II.
Kata Anis, dia mahu mengambil cabaran untuk menyediakan masakan kepada Ratu Elizabeth II kerana mengetahui baginda tidak menggemari bawang putih.
"Saya rasa kalau diberi peluang untuk masak kepada seseorang, saya mahu masak buat Ratu Elizabeth.
"Ini kerana saya teringin untuk masak dalam dapur Istana Buckingham.
"Ia akan menjadi satu cabaran sebab saya tahu Ratu Elizabeth tidak gemar makan bawang putih dan itu pula merupakan bahan kegemaran saya dalam masakan.
"Kalau perlu masak, saya mungkin akan masak makanan Melayu yang tidak ada bawang putih.
"Mungkin saya akan memasak rendang, masak lemak atau asam laksa," katanya.
Dalam perkembangan lain, Anis yang pernah dinobatkan Asean's Most Influential Chef pada Asean Food & Travel Awards 2022 pada April lalu, sekali lagi diiktiraf di luar negara apabila memenangi dua anugerah di The Gourmand Awards: World Cookbook Awards 2021 di Umea, Sweden.
Bercakap soal kariernya dengan lebih lanjut, tentu sahaja Anis turut mempunyai perancangan yang besar dalam kerjaya yang diceburi ini.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan memang tidak menyangka langsung.
"Sebenarnya saya tahu yang saya dicalonkan untuk satu kategori iaitu Books by Celebrity Chef untuk buku resipi saya, iaitu Comfort Food by Anis Nabilah for Thermomix.
"Saya bersyukur apabila diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam kategori itu.
"Pada masa yang sama, saya dimaklumkan tentang satu lagi kemenangan dalam kategori Best Food Show di Asia Tenggara.
"Saya sangat terkejut dan bersyukur. Sampai sekarang pun, saya masih mencuba untuk menerima kemenangan ini.
"Apa pun saya masih macam tidak percaya sebab saya sepertinya tidak menghantar apa-apa penyertaan untuk pencalonan tersebut.
"Tiba-tiba sahaja mereka anugerahkan kemenangan itu kepada saya. Saya benar-benar rasa sangat bersyukur, Alhamdulillah," katanya. -Gempak
Gempak
Fri Jul 29 2022

Dia mahu mengambil cabaran untuk menyediakan masakan kepada Ratu Elizabeth II kerana mengetahui baginda tidak menggemari bawang putih. -Gempak

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

MIFF pacu pertumbuhan industri perabot Malaysia - Johari
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tumpuan Ahad – 2 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

'Mungkin rendang untuk Baginda' - Anis Nabilah teringin masak untuk Ratu Elizabeth II
Dia mahu mengambil cabaran untuk menyediakan masakan kepada Ratu Elizabeth II kerana mengetahui baginda tidak menggemari bawang putih.

Cef Anis bangga bawa masakan Malaysia ke mata dunia
Cef selebriti Anis Nabilah tekad untuk membawa masakan Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Anis Nabilah raih Platinum Awards, mahu perkenal masakan Malaysia ke peringkat antarabangsa
Anugerah tersebut membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan dari tahun 2019 hingga 2020, sekali gus menjadikan Anis antara selebriti yang meraih pendapatan tinggi di bawah syarikat itu

Kes Aliff Aziz tiada kaitan dengan saya - Farah Nabilah
Selain aktif dengan lakonan, Fawaa mengakui sejak akhir-akhir ini kerap menerima tawaran untuk muncul dalam program masakan.