Filem PASKAL The Movie arahan Adrian Teh terus mendapat perhatian ramai pihak.
Terbaru, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempat meluangkan masa untuk menonton filem terbabit.
Menerusi kemas kini laman Instagram Mukhriz, ahli politik itu memuji filem PASKAL The Movie dan menyifatkan filem terbabit menonjolkan kualiti lakonan yang baik.
"Kami sangat teruja & terkesan bila menonton filem tempatan @paskal_themovie arahan @adrianteh19 yang menonjolkan kualiti lakonan yang baik, skrip yang menarik, pengfileman ala action thriller Hollywood.
"Dan yang paling penting sekali mampu mencetuskan semangat patriotisme dikalangan rakyat dan rasa terima kasih terhadap para perajurit & pasukan keselamatan negara. Syabas," tulis Mukhriz.
Mukhriz turut menyertakan beberapa hashtag iaitu #amustwatch #terbaek dan #rugitaktengok.
Dalam pada itu, filem PASKAL The Movie telah meraih kutipan sebanyak RM10.2 juta dalam tujuh hari tayangan.
Filem ini diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!
Gempak
Mon Oct 08 2018
Mukhriz sempat meluangkan masa untuk menonton filem PASKAL The Movie arahan Adrian Teh. - Foto Astro GEMPAK
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.
PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN.
PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi
Sanusi berkata bahawa keputusan untuk menentukan calon bagi jawatan Menteri Besartidak boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan di peringkat negeri termasuk dirinya.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
'Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M
Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan susulan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 sehingga membawa kepada kemelut politik negara.