SHAH ALAM: Pelakon, Lutfya menyifatkan tuntutan mutaah RM1 juta terhadap bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum merupakan nilai yang munasabah, kerana mengambil kira kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
Lutfya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia mengambil tindakan itu kerana perlu merancang untuk hidup bersama anak tunggalnya.
"Tuntutan RM1 juta adalah permintaan saya sendiri, kerana saya perlu menjaga anak seorang diri, ia bukan sesuatu yang mudah," katanya selepas prosiding sebutan semula tuntutan mutaah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu.
Dia yang bergelar ibu tunggal sejak tiga tahun lalu berkata, pengorbanannya selepas berkahwin dengan melepaskan populariti sebagai pelakon, model dan penyanyi merupakan antara alasan kukuh permohonan tersebut dibuat.
"Sebenarnya, saya ambil masa untuk failkan pemohonan ini, kerana usaha untuk bangkit semula, memerlukan masa yang agak panjang.
"Saya tak pernah tuntut apa-apa daripadanya," kata pelakon berusia 38 tahun itu.
Sementara peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili Lutfya selaku plaintif berkata, pihaknya telah menyerahkan penyata tuntutan kepada Dr Muhammad Hafiz yang bertindak sebagai defendan.
"Hari ini, kita terima penyata pembelaan dan jawapan daripada pihak defendan, sebagai mana yang dinyatakan dalam tuntutan anak guam saya.
"Arahan seterusnya ialah, kita perlu menyediakan penyata keterangan dan ikatan dokumen," katanya yang hadir ke prosiding pengurusan kes di hadapan Pendaftar, Rashidah Sapingi @ Shafie.
Beliau berkata, mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Julai untuk sebutan kes.
Semasa prosiding itu kelak, beliau berkata, hakim syarie akan menentukan sama ada semua dokumen yang diserahkan adalah teratur atau sebaliknya, sebelum diteruskan dengan sesi perbicaraan.
Dalam pada itu, ditanya mengenai ketidak hadiran bekas suami Lutfya, peguam ini berkata, defendan telah diberi pengecualian kehadiran pada prosiding lalu.
Lutfya dan Dr Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan Laana Haura, 5.
Mereka kemudian bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember tahun lalu. — Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 10 2023
"Saya tak pernah tuntut apa-apa daripadanya," kata Lutfya.- Foto Sinar Harian
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
'Mutaah RM1 juta adalah munasabah' - Lutfya
Lutfya menyifatkan tuntutan mutaah RM1 juta terhadap bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum merupakan nilai yang munasabah, kerana mengambil kira kos sara hidup yang tinggi ketika ini.