Tidak dapat dinafikan, YouTube merupakan platform bagi ramai pencipta kandungan video untuk mengejar populariti.
Sesiapa sahaja boleh menjadi popular jika video yang dimuatnaik mendapat banyak likes dalam tempoh masa yang singkat.
Bukan itu sahaja, ada juga individu yang meraih populariti oleh sebab jutaan dislikes yang diraih daripada penonton yang tidak berkenan video atau orang yang ditayangkan dalam video tersebut.
Adakah ini benar atau tidak?
Di Malaysia pula, video muzik Abang Nak Tegur oleh Aliff Syukri dan Nur Sajat mendapat bilangan dislike tertinggi, iaitu sebanyak 148,000 dislike!
Namun, YouTube menyenaraikan 10 video dengan 'dislike' tertinggi.
Video yang diterbitkan oleh KRU Music ini mendapat lebih sejuta tontonan di YouTube dalam masa 10 hari.
Penonton yang ‘dislike’ video ini rata-ratanya tidak suka akan kemunculan Nur Sajat yang mendapat jolokan nama selepas video ini dimuat naik di YouTube.
Ada juga sumber mengumumkan bahawa video muzik #AbangNakTegur 2.0 bakal dimuat naik.
Ayuh kita saksikan 10 video yang mengaut bilangan dislike paling tinggi di seluruh dunia!
Malaysia
Abang Nak Tegur
300,000 dislike
Antarabangsa
Baby ft. Ludacris oleh Justin Bieber
7,498,938 dislike
Official Call of Duty: Infinite Warfare Reveal Trailer
3,495,374 dislike
Can This Video Get 1 million Dislikes? oleh Pewdiepie
2,943,222 dislike
Friday oleh Rebecca Black
2,579,720 dislike
Cortando O Botao Do YouTube oleh Aruan Felix
2,304,732 dislike
Gangnam Style oleh Psy
1,939,590 dislike
Sweatshirt by Jacob Sartorius
1,654,676 dislike
Wrecking Ball – Miley Cyrus
1,365,551 dislike
We Can’t Stop – Miley Cyrus
1,298,412 dislike
Anaconda – Nicki Minaj
1,315,683 dislike
Afza Fahmidah
Wed Dec 13 2017

Video Muzik Baby ft. Ludacris oleh Justin Bieber ungguli carta 'dislike' tertinggi di laman video popular YouTube. - Foto YouTube
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Muzik video 'Abang Nak Tegur'dapat 'dislike' tertinggi di YouTube
Setelah sekian lama, YouTube menjadi platform bagi ramai pencipta kandungan video untuk merebut populariti. Sesiapa sahaja boleh menjadi popular jika video yang dimuatnaik mendapat banyak 'like'.