INI pastinya berita gembira buat peminat kumpulan rock popular, My Chemical Romance (MCR)!
MCR mengesahkan akan kembali bersatu dan mengadakan persembahan sulung mereka sejak ahli kumpulan itu mengumumkan membawa haluan masing-masing pada tahun 2013.
Perkara itu diumumkan menerusi laman sosial Twitter MCR pada Khamis, memaklumkan kumpulan yang mencipta nama pada tahun 2000 itu akan kembali menemui peminat pada konsert yang berlangsung di Shrine Expo Hall, Los Angeles pada 20 Disember ini.
Rata-rata peminat dilihat meluahkan rasa teruja terhadap pengumuman tersebut, dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan kumpulan yang mencipta nama dengan lagu “Welcome To The Black Parade” itu.
MCR dianggotai oleh vokalis utama Gerard Way, pemain gitar bass Mikey Way, serta gitaris Ray Toro dan Frank Lero.
Selepas era MCR, Gerard dilaporkan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan komik, selain mempunyai siri di Netflix, Umbrella Academy.
Sementara Frank, sibuk dengan siri jelajah kumpulannya, Frank Iero & The Future Violents.
Album terakhir mereka “Danger Days: The True Lives Of The Fabulous Killjoys” yang diterbitkan pada 2010.
Tahun lalu, saluran YouTube MCR memuat naik beberapa video never seen before MCR, sekali gus membuatkan peminat setia mereka teruja memikirkan kemungkinan kumpulan ini akan kembali bergabung.
Kepada peminat, tiket boleh mula dibeli pada Jumaat di laman sesawang axs.com bermula pada harga $149.50 (kira-kira RM625).
Agensi
Thu Oct 31 2019

Kepada peminat, tiket boleh mula dibeli pada Jumaat di laman sesawang AXS.com pada harga $149.50 (kira-kira RM624). -Foto altpress.com

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

My Chemical Romance kembali dengan konsert 'Return'
Masa untuk peminat MCR kembali menghafal lagu-lagu kumpulan itu sebagai persediaan menjelang konsert pada Disember ini.