Selepas kejayaan yang membanggakan pada tahun pertama tahun lalu, Pentas Seni Kreatif Malaysia atau 'MyCATS' kembali dengan satu lagi unsur seni kreatif yang baru untuk menggambarkan imej yang lebih berani daripada Kelab UMNO London (KUL).
Dalam mengubah perspektif masyarakat yang melabelkan KUL sebagai agenda intelektual dan politik, pada tahun ini, MyCATS mencuba nafas baru dengan memeluk dunia fesyen.
MyCATS bertujuan mengembangkan keupayaan kreatif dan artistik rakyat Malaysia dalam bidang seni termasuk , seni bina, media, filem, muzik, tarian, fesyen dan banyak lagi. Dengan sambutan yang positif dan memberangsangkan, penganjur berazam untuk menjadikan acara tersebut sebagai tradisi dan imej KUL dengan adanya MyCATS setiap tahun.
Diadakan di Tarbenacle di Notting Hill, MyCATS dilihat sebagai satu platform untuk penggiat seni baru mahupun lama untuk mempamerkan bakat mereka di peringkat antarabangsa kata Pengerusi KUL, Meor Muhd Arief Muzaffar bin Meor Azli, 22.
“Bidang seni dan fesyen antara kumpulan pelajar paling ramai di London dan ini dilihat sebagai satu cabaran buat kami dalam mengendalikan acara ini supaya bertaraf antarabangsa,” tambah pelajar kejuruteraan mekanikal di University College of London itu ketika ditemubual Astro AWANI menerusi sesi di Facetime.
Katanya lagi, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke London baru-baru ini, beliau sedar akan penganjuran acara ini dan menyambut secara positif kerana KUL menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mendekati pelajar Malaysia di London dengan adanya MyCATS.
'Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening.' - Coco Chanel
Petikan ini sesuai dengan objektif KUL dalam mendedahkan trend semasa dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pertunjukkan fesyen dengan penglibatan daripada budaya dan tradisi Malaysia. Usahawan dan pengasas Fesyen Muslimah Bella Ammara, Belle Al-Yahya bersama modelnya Mirafilzah, berkongsi pandangan mereka mengenai fesyen Islam di acara tersebut.
Selain fesyen menjadi kemuncak acara itu, MyCATS juga mempamerkan seni kreatif lain seperti filem, karya penulisan kreatif, pendidikan dan muzik. Setiap unsur dibahagikan kepada sesi yang berbeza. Antaraya, sesi mengenai filem bersama pelakon, Adi Putra dan pengarah filem tempatan, Ghaz Abu Bakar di mana mereka berkongsi dan bertukar pandangan mengenai industri filem di Malaysia dan fokus mereka lebih kepada lakonan, pengarahan dan perfileman.
Selain itu, pameran seni pula diadakan oleh Kl Sketchnation dan juga konsert mini yang menampilkan penyanyi Hanie Soraya dan Diandra Arjunaidi. Imam Muda Hizbur turut membuat penampilan khas di mana beliau berkongi pandangan mengenai korelasi Seni Kreatif dan Islam.
Turut hadir di MyCATS ialah Encik Zakaria Nasir, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada KUL kerana berjaya mengadakan sebuah acara yang berwawasan untuk rakyat Malaysia yang menetap di London.
“MyCATS merupakan satu platform besar dalam mengangkat nama negara ke tahap yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa,” katanya.
Seorang pengunjung, Muhammad Adrien Maseri, 24 berpuas hati selepas menghadiri acara tersebut kerana sebagai seorang pelajar yang menetap di London, mereka bukan sahaja terdedah kepada dunia korporat dan politik tetapi kali ini mereka berpeluang untuk melibatkan diri dalam sektor yang berbeza iaitu seni.
“Dengan adanya MyCATS, kami dapat bertukar pandangan dan melibatkan diri dalam agenda yang tidak begitu serious,” tambah Adrien.
Acara yang dihadiri hampir 400 pengunjung itu sememangnya satu lagi kejayaan bagi KUL yang pasti akan kembali dengan acara yang lebih menarik dan besar pada tahun akan datang.
*MyCATS bermaksud The Malaysian Stage for Creative Arts
Malik Ridhwan
Tue Feb 03 2015

Diadakan di Tarbenacle di Notting Hill, MyCATS dilihat sebagai satu platform untuk penggiat seni baru mahupun lama untuk mempamerkan bakat mereka di peringkat antarabangsa kata Pengerusi KUL. - Gambar Kelab UMNO

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

MyCATS: Politik diketepikan, seni diketengahkan
Selepas kejayaan yang membanggakan pada tahun pertama tahun lalu, Pentas Seni Kreatif Malaysia (MyCATS) kembali dengan satu lagi unsur seni kreatif yang baru untuk menggambarkan imej yang lebih berani