PENYANYI Najwa Mahiaddin mendedahkan dirinya tidak mempunyai perancangan untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menceburi bidang politik.
Menurut Najwa, dia akan tetap memberikan fokus terhadap kerjaya seni dan belum bersedia untuk menceburi bidang lain.
“Saya tak reti nak berpolitik. Secara peribadi, jiwa saya memang lebih tertumpu kepada bidang seni,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Got To Go ini turut memberitahu, meskipun dirinya lahir daripada keluarga ahli politik, namun, dia tidak pernah rasa tertekan untuk melakukan perkara yang disukainya itu.
“Saya tak rasa sebegitu kerana keluarga saya memang sangat faham yang saya memang tidak mempunyai minat ke arah politik.
"Mereka memang menyokong kerjaya seni saya sejak awal lagi. Mereka tahu saya sukakan bidang seni. Bila saya masuk ke universiti pun saya belajar mengenai muzik.
“Jadi, saya tidak pernah rasa tertekan dan keluarga pun tak pernah memaksa saya untuk menceburi sesuatu bidang itu kerana mereka tahu saya sudah ada pilihan sendiri,” ujarnya lagi.
Najwa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Rahsia yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, Najwa turut memaklumkan status ibu sedikit sebanyak membataskan dirinya bergiat aktif dalam bidang seni.
“Buat masa sekarang, saya masih lagi mencari keseimbangan di antara kerja dan keluarga.
"Sebelum ini, kita harus melalui fasa pandemik COVID-19. Jadi, kita memang tak keluar sangat dan fokus saya lebih kepada keluarga serta anak-anak.
“Kalau saya terpaksa keluar bekerja, ibu saya yang akan menjaga anak saya kerana saya tiada pembantu dan segalanya saya buat sendiri.
“Adik-beradik lain pun ada membantu juga. Saya mahu gunakan kesempatan ini untuk lebih dekat dengan anak saya.
"Sekarang pun dia sudah faham bila saya harus keluar bekerja,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Najwa turut berharap agar single terbaharunya yang berjudul Alunan Lara yang menjadi lagu runut bunyi bagi filem Rahsia dapat membuka peluang-peluang baharu untuk mengatur semula kerjaya seninya.
“Ketika fasa pandemik, saya pula mengandung. Memang waktu rehat itu agak lama.
"Namun, saya tetap mempunyai kerja seni di belakang tabir yang tidak memerlukan saya untuk ke hadapan.
“Mungkin baru sekarang pihak media dan peminat dapat melihat saya kembali. Saya juga banyak melakukan kerja-kerja di studio yang bakal keluar tidak lama lagi
“Disebabkan fokus untuk membersar anak, saya kini masih merancang untuk menghasilkan lagu baharu.
"Jadi, saya harap lagu Alunan Lara yang menjadi OST untuk filem Rahsia dapat membuka peluang-peluang baharu untuk saya,” akhirinya. -Media Hiburan
Media Hiburan
Fri Aug 04 2023
Menurut Najwa, dia akan tetap memberikan fokus terhadap kerjaya seni dan belum bersedia untuk menceburi bidang lain. -Media Hiburan
[TERKINI] Ranking Times Higher Education: UM kekal kedudukan institusi terkemuka
Universiti Malaya kekal kedudukan institusi terkemuka berdasarkan ranking terkini Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject.
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Najwa Mahiaddin tak minat politik, keluarga sokong kerjaya seni
Najwa turut memaklumkan status ibu sedikit sebanyak membataskan dirinya bergiat aktif dalam bidang seni.
#AWANITA: 'Didik masyarakat hargai kepelbagaian muzik' - Njwa
Lebih dikenali dengan genre jazz dan R&B, Njwa yakin usaha mendidik masyarakat untuk menghargai kepelbagaian muzik adalah satu proses berterusan.
Biar tidak popular, Zee Avi dan Njwa janji persembahan terbaik
Perbezaan genre muzik bukan kekangan dua figura tempatan bertaraf antarabangsa untuk memacu Konsert Zee Avi dan Njwa yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 22 Mac di PWTC.
Najwa Mahiaddin 'berteka-teki' di media sosial
PENYANYI Najwa Mahiaddin dalam twit terbarunya bagai memberi gambaran bakal keluar dengan buah tangan baru buat peminat.
Upiak tidak sangka lagunya popular selepas tiga tahun
Lagu hasil nukilan Upiak, atau nama asalnya Silvia Nanda, 32, yang berbentuk jenaka dan menghiburkan itu telah ditonton di YouTube oleh lebih sejuta penonton sejak diviralkan dua minggu lepas.
Najwa Mahiaddin berbesar hati cipta lagu untuk Anuar Zain
Najwa Mahiaddin berbesar hati kerana dapat menciptakan sebuah lagu untuk album terbaru penyanyi terkenal Anuar Zain.
Ketepikan prejudis, kita semua manusia, pesan Najwa dalam 'Sama Saja'
Najwa Mahiaddin melancarkan single dan video muzik terbaru, Sama Saja, yang menjadi lagu tema filem pendek Sama Saja.
Najwa Mahiaddin lancar lagu simbolik untuk Malaysia
Lagu 'After The Rain' memberikan motivasi dan kekuatan kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran.
'Allah lebih mengetahui', tweet Najwa sejurus bapa digugurkan
Anak-anak Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin tidak melepaskan peluang untuk meluahkan perasan mereka di laman Twitter.
Penyanyi Najwa Mahiaddin, Idris Koh selamat bertunang
Penyanyi Najwa Mahiaddin telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati Idris Koh Keng Hui selepas solat Isyak pada malam Isnin.