PELAKON dan penyanyi Ayda Jebat meminta pandangan wanita yang sedang hamil mengenai tindakan segelintir masyarakat yang gemar memegang atau mengusap perut ketika bergambar.
Tidak selesa dengan situasi itu, Ayda bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peminat ingin bergambar dengan memegang bahu atau tangan namun tidak berlebihan dengan mengusap perutnya.
“Mommies selesa tak kalau tengah mengandung, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut mommies?
"Saya minta maaf. Saya okey saja kalau nak selfie pegang bahu ke tangan saya tu dah biasa.
“Tapi tengah mengandung ni sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau mak cik-mak cik jumpa terus pegang raba-raba perut kita. Nak tegur, tapi tak terkeluar pula kata.
“Faham kadang-kadang acik teruja… tapi harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan baby, sudah memadai,” luah Ayda.
Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Be Mine ini juga berkongsi pengalaman berdepan dengan seorang wanita yang memegang perut hanya untuk merasai tendangan bayinya dalam kandungan.
“Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis macam ini saja dulu baby dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak’. (Sis muka dah petak).
"Korang rasa macam mana ya,” kata Ayda.
Rata-rata netizen terutama wanita yang sedang hamil dan pernah melalui situasi yang sama memahami apa yang dirasai Ayda serta berharap semua pihak tidak melakukan perkara tersebut.
Malah ada juga segelintir netizen yang menasihati agar tidak membenarkan sesiapa mengusap atau memegang perut ibu hamil kerana bimbang ia melibatkan sihir atau ilmu hitam.
Minggu lalu Ayda dan suaminya iaitu Nabil Mahir mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka lahir pada penghujung tahun ini.
Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun. -Gempak
Gempak
Thu Oct 05 2023
!['Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata' - Ayda Jebat tak selesa perut disentuh ketika bergambar 'Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata' - Ayda Jebat tak selesa perut disentuh ketika bergambar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696481793_aydajebat.jpg)
Ayda berkata dia tidak kisah jika ada peminat ingin bergambar dengan memegang bahu atau tangan, namun tidak berlebihan dengan mengusap perutnya. -Gempak
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719294529_tbaydajebat.jpg)
Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok
Penyanyi Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkini ayahnya yang sebelum ini dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat strok.
![THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715558063_AydaJebat.jpg)
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
![Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710498310_WatsonsRaya.jpg)
Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan
Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya bertemakan 'Dimensi Raya Paling Unik' yang menampilkan promosi menarik di kedai dan atas talian serta filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.
![Ayda Jebat syukur, selamat bersalin anak kedua Ayda Jebat syukur, selamat bersalin anak kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702428397_aydajebat.jpg)
Ayda Jebat syukur, selamat bersalin anak kedua
Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir timang cahaya mata lelaki pada 12.12.2023.
!['Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata' - Ayda Jebat tak selesa perut disentuh ketika bergambar 'Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata' - Ayda Jebat tak selesa perut disentuh ketika bergambar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696481793_aydajebat.jpg)
'Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata' - Ayda Jebat tak selesa perut disentuh ketika bergambar
Tidak selesa dengan situasi itu, Ayda bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peminat ingin bergambar dengan memegang bahu atau tangan namun tidak berlebihan dengan mengusap perutnya.
![Ayda Jebat bakal timang anak lelaki Ayda Jebat bakal timang anak lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695463774_aydajebat.jpg)
Ayda Jebat bakal timang anak lelaki
Pengumuman itu dibuat menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.
!['Maaf, lepas gian' - Ayda Jebat ditegur terlalu lincah di atas pentas ketika hamil 'Maaf, lepas gian' - Ayda Jebat ditegur terlalu lincah di atas pentas ketika hamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693972576_aydajebat.jpg)
'Maaf, lepas gian' - Ayda Jebat ditegur terlalu lincah di atas pentas ketika hamil
Ayda bagaimanapun mengatakan dia belum lagi dalam keadaan sarat memandangkan usia kandungannya masih dalam lima bulan.
![Ayda Jebat tak sampai hati tengok kaki netizen melecet, nak bayar balik RM638 Ayda Jebat tak sampai hati tengok kaki netizen melecet, nak bayar balik RM638](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71685674354_AydaJebatTaksamp.jpg)
Ayda Jebat tak sampai hati tengok kaki netizen melecet, nak bayar balik RM638
Ayda mahu membeli semula kasut berkenaan dengan harga asal supaya pengguna Twitter tersebut dapat beli kasut baharu yang lebih selesa.
![Ayda Jebat usik Nabil idam anak lelaki Ayda Jebat usik Nabil idam anak lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679220243_NabilAydaJebatA.jpg)
Ayda Jebat usik Nabil idam anak lelaki
Ayda secara berseloroh turut mengusik suaminya yang beria-ia mahu menikmati hidangan daging wagyu dalam misi untuk cuba dapatkan anak lelaki.
![Kahwini Nabil Mahir kerana harta? Ini jawapan Ayda Jebat... Kahwini Nabil Mahir kerana harta? Ini jawapan Ayda Jebat...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662436681_AydaJebat.jpg)
Kahwini Nabil Mahir kerana harta? Ini jawapan Ayda Jebat...
Ayda tegaskan dia bukan jenis wanita yang memandang harta, jauh sekali untuk meminta-minta.