PELAKON Raja Ilya teruja apabila mengumumkan dia dan suami, Trent Garret bakal menimang cahata mata perempuan.
Acara ‘gender reveal’ secara ringkas dan sederhana itu diadakan bersama keluarga mentuanya di Australia.
“Wow sangat excited (teruja). Memang nak sangat bayi perempuan sebagai anak pertama.
“Bolehlah melaram sekali nanti. Syukur alhamdulillah. Dia tahu yang terbaik buat kami,” tulisnya.
Ilya berkongsi rakaman video yang mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya di Instagram.
Menerusi rakaman video itu menunjukkan suaminya serta ahli keluarga mentuanya memotong kek berwarna coklat yang mempunyai krim berwarna merah jambu di tengah-tengah lapissnnya.
Garret yang memotong kek itu mengesahkan bayi dalam kandungan isterinya sebagai perempuan.
“Ia merah jambu. Maksudnya, bayi le…, maaf, perempuan,” kata Garret dalam video berkenaan.
Sementara itu Ilya turut memberitahu dia sememangnya mengharapkan kehadiran bayi perempuan dalam keluarga.
“Allah tahu yang terbaik untuk kami. Nasib baik bukan bayi lelaki. Kita tak ada pengalaman sangat mengendalikan bayi lelaki.
“Sebelah (keluarga) Garret pula, semua lelaki. Jadi, mereka memang mengharapkan ada bayi perempuan dalam keluarga,” tulisnya lagi.
Ilya yang menetap di negara kelahiran suaminya, Australia sejak 2019 turut mengucapkan terima kasih atas doa pengikutnya yang rata-rata berharap bayi yang bakal dilahirkan itu nanti dalam keadaan sihat.
“Ramai yang teka bayi lelaki. Saya hargai tekaan anda semua. Paling penting, bayi sihat walafiat. Terima kasih untuk semua doa dan ucapannya,” katanya lagi.
Terdahulu, Ilya mengumumkan dirinya hamil anak sulung dengan usia kandungan memasuki lima bulan. Dia dijangka bersalin sekitar Julai nanti.
Untuk rekod, Ilya dan Garret melangsungkan pernikahan pada 23 Disember 2018.
Gempak
Tue Apr 05 2022

Acara gender reveal secara ringkas dan sederhana itu diadakan bersama keluarga mentua Raja Ilya di Australia. - Foto Instagram Raja Ilya
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.

'Tak sabar balik Malaysia bawa baby' - Raja Ilya selamat bersalin anak sulung
Raja Ilya menyifatkan pengalaman baharu yang dilaluinya itu satu rahmat dan memberi makna yang tersendiri dalam hidupnya.

'Nasib baik bukan 'baby boy'' - Raja Ilya teruja umum jantina bayi!
Tahniah Raja Ilya dan suami!

Adakan majlis resepsi 19 September, Raja Ilya dah tak sabar
Lepas 9 bulan, Raja Ilya adakan majlis resepsi di Kuala Lumpur.

Raja Ilya sah isteri Trent Garrett, bakal adakan resepsi di Malaysia
Pelakon Raja Ilya, 33, sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37 pada 23 Disember lalu.

Raja Ilya nikahi lelaki Australia hari ini
Pelakon Raja Ilya bakal bernikah dengan lelaki kelahiran Australia hari ini.
.jpg)
"Kahwin jejaka Australia bukan gimik, tak payah tipu-tipu" - Raja Ilya
Pelakon Raja Ilya menegaskan pendedahan hubungan cintanya dengan jejaka kelahiran Perth, Australia bukan satu gimik.

Raja Ilya akhiri zaman bujang November tahun depan
Selepas enam tahun menyulam cinta, pelakon berbakat besar, Raja Ilya mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada November tahun hadapan.

Raja Ilya terima pentauliahan Kapten Bersekutu APM
Pelakon terkenal Raja Ilya telah dianugerahkan pentauliahan Kapten Bersekutu dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) sekaligus dipilih untuk mengikuti kursus dan latihan untuk menjadi pegawai bersekutu di

Tolak berlakon filem Marvel, peminat cakap Raja Ilya gebang?
Penantian peminat untuk menyaksikan Raja Ilya membintangi filem produksi Hollywood berkecai apabila pelakon itu mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem Marvel.