KEMUNCULAN Datuk ND Lala ketika majlis pertunangan anaknya, Shila Amzah pada Sabtu seakan-akan menepis dakwaan bahawa keluarga itu sedang bergolak.
ND Lala yang hadir dengan menyarung sut berwarna coklat dilihat sempat merakamkan foto bersama-sama keluarganya termasuk isteri, Datin Fauziah Sarman yang berdiri bersebelahannya.
Tersenyum bahagia, foto terbabit yang dikongsikan oleh Syada Amzah itu turut disertai oleh beberapa ahli keluarganya yang lain.
Syada dalam hantaran di Instagram Stories itu turut melayangkan ucapan sempena hari bahagia kakaknya Shila yang baru mengikat tali pertunangan bersama kekasih, Ubai.
"Belum boleh ucap selamat datang ke keluarga kami. Kita hanya ucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli Shila dan Ubai. Tak nak panggil abang," tulisnya berseloroh.
Sebelum ini Syada pernah menulis surat terbuka buat bapanya, selepas mendakwa tidak punyai akses untuk berhubung sesama mereka.
Untuk rekod, pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto dan nama seorang wanita yang dipercayai individu perosak rumah tangganya.
Kemudian, pada 3 April, Fauziah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi difahamkan untuk tujuan memfailkan penceraian. Bagaimanapun, berita itu dinafikan Syada.
ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28 dan Syada. - Gempak
Gempak
Sun May 28 2023
![ND Lala hadir majlis pertunangan Shila - Ubai ND Lala hadir majlis pertunangan Shila - Ubai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685239917_NDLalamajlis.jpg)
Kebahagiaan terpancar pada wajah setiap ahli keluarga ND Lala.
![Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739435455_TBrentung.jpg)
Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan
Wanita yang rentung dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin awal pagi tadi sedang hamil lima bulan.
Facebook lubuk iklan perjudian, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022
Sebanyak 5,026 laman sesawang judi disekat dan 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial juga turut diturunkan sehingga 1 Februari lalu.
Isu Adendum akan dijawab di Dewan Rakyat selepas selesai proses perundangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar IBrahim menegaskan beliau akan menjawab isu titah adendum seperti yang dijanjikan di Dewan Rakyat sebaik sahaja proses perundangan selesai.
Pembinaan RTS Link Malaysia-Singapura capai kemajuan memberangsangkan
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link antara Malaysia dan Singapura berjalan lancar mengikut jadual dengan mencapai kemajuan 100 peratus membabitkan pembinaan infrastruktur landasan kereta api setakat hujung bulan lalu.
![MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739434597_tbRahmadMarimanZa.jpg)
MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan
MAIM sedia memberi kerjasama kepada kepada PAC Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kakitangan agensi berkenaan terlibat penyelewengan.
PPR: Kenal pasti penduduk, kenakan sewa munasabah - PM
Sebarang tunggakan boleh dibincangkan dengan majlis perbandaran atau ahli dewan undangan negeri yang berkenaan, namun sewa minima mesti dibayar.
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan tambahan segera RM1.2 juta untuk baik pulih kemudahan termasuk lif di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya.
![Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739409153_KebakaranJBPMMelak.jpg)
Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.
![Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739433348_tbHospitalTengkuPe.jpg)
Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
![PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739432202_tbStevenSimPTPK.jpg)
PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim
Kementerian Sumber Manusia memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM500 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang dijangka memanfaatkan seramai 20,000 orang peminjam.
![ND Lala hadir majlis pertunangan Shila - Ubai ND Lala hadir majlis pertunangan Shila - Ubai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685239917_NDLalamajlis.jpg)
ND Lala hadir majlis pertunangan Shila - Ubai
Foto kenangan bersama keluarga menepis dakwaan nakal yang bertebaran sebelum ini.