Pengacara dan pelakon, Neelofa mengumumkan menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk pada tahun ini serta edisi-edisi yang akan datang.
Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan yang dinaik menerusi laman Twitter miliknya, @Neelofa pada Khamis.
Menurut pengacara Meletop itu, keputusan itu dibuat berikutan jadualnya yang sangat padat dengan kerja-kerja penjenamaan semula Naelofar Hijab serta urusan perniagaan yang lain.
Kesibukan itu, jelas Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, menyukarkannya memberi tumpuan yang seimbang antara karier seni dan bisnes.
“Lofa bukan menarik diri sepenuhnya, tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan. Insya-Allah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni.
“Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah. Lofa ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada akhbar Berita Harian dengan pengumuman penganjuran ABPBH32. Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang dan warna-warni,” katanya.
Tambah Neelofa, walaupun tidak bertanding dalam ABPBH tahun ini, beliau tetap memberikan sokongannya.
“Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian?
“Lofa doakan agar ABPBH terus maju dan terus megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya,” katanya.
Astro Awani
Thu Jul 18 2019
Pengacara dan pelakon, Neelofa mengumumkan menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk pada tahun ini serta edisi yang akan datang. - Gambar fail
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Neelofa tarik diri sertai Anugerah Bintang Popular
Pengacara dan pelakon, Neelofa mengumumkan menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk pada tahun ini serta edisi yang akan datang.
'Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah
Pelakon Wan Maimunah telah keluar dari wad Hospital Alor Gajah pada petang semalam selepas seminggu ditahan akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Rezeki Yana semakin murah
Walaupun bergelar pelakon hampir satu dekad, Yana Samsudin pernah menyangkakan dirinya tidak popular.
Hanez dan Awi belum mahu berumahtangga
Biarpun umum mengetahui keintiman Hanez Suraya dengan Awi Rafael, namun begitu pelakon itu mengakui masih belum merancang untuk berkahwin.