Ni semua tipu! - Aaron Aziz nafi terlibat perniagaan Bitcoin
Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, dia menerima banyak mesej dan e-mel berkenaan dengan perkara itu.
Gempak
Thu Oct 25 2018
AARON: Jangan terpedaya dengan peniopuan ini. - Astro Gempak
PELAKON drama bersiri Tuan Anas Mikael, Datuk Aaron Aziz, 42, menafikan dirinya terlibat dengan mana-mana perniagaan melibatkan mata wang digital Bitcoin.
Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, dia menerima banyak mesej dan e-mel berkenaan dengan perkara itu.
Pelakon yang berasal dari Singapura itu mendedahkan perkara tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Assalamualaikum semua! I've got a lot of texts and emails recently on postings about bitcoins and how much I made money etc.
"PLS DONT fall for it. It's a scam! I know nothing and am NOT involved in all these!
"Ni semua tipu k! Hati Hati jgn mudah percaya apa yg anda semua baca di internet. Thank you," tulis Aaron.