KUALA LUMPUR: Kalimah bosan atau jemu tidak pernah sama sekali terlintas di fikiran Siti Rohayah Attan apabila dipersoalkan banyak pihak berhubung inisiatifnya kembali mementaskan teater Lantai T Pinkie bulan depan.
Kepada Siti Rohayah, naskhah tulisan Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said ini sarat dengan nilai sentimental buat beliau secara peribadi.
Masakan tidak, pengalaman silam melihat kaum wanita di kampung halamannya di Melaka aktif terlibat dalam dunia joget sentiasa menjentik keinginannya untuk sentiasa mengupas subjek feminisme.
“Puluhan tahun lalu, joget lambak adalah acara wajib bagi setiap majlis perkahwinan orang Melayu sama ada di Melaka atau Johor.
“Pengalaman saya membesar di kampung halaman di Melaka membuatkan keinginan saya bercerita perihal kaum wanita tidak pernah terhenti dan Lantai T Pinkie merupakan naskhah yang paling dekat buat saya berkongsi cerita zaman kanak-kanak saya itu di pentas teater.
“Jujur saya katakan, naskhah ini sarat dengan nilai sentimental buat saya secara peribadi dan tentu sekali ia adalah sebuah karya hebat daripada Sasterawan Negara yang amat saya hormati iaitu Pak Samad (panggilan buat A Samad Said),” kata Siti Rohayah kepada Astro AWANI dalam satu wawancara baru-baru ini.
Siti Rohayah merupakan seorang penggiat teater, penulis novel serta pernah berkhidmat sebagai wartawan di akhbar Utusan Malaysia yang berpengalaman luas dalam dunia seni pementasan pentas.
Menyambung perbualan mengenai keputusannya mementaskan Lantai T Pinkie sekali lagi selepas kali terakhir dibuat sekitar 17 tahun lalu, Siti Rohayah sebagai penerbit pementasan itu berkata, paling utama juga beliau mahu masyarakat khususnya pencinta sastera menghargai karya A Samad Said.
Sebagai antara individu yang dikenali sebagai akrab dengan Sasterawan Negara itu, Siti Rohayah memilih naskhah Lantai T Pinkie dibawa ke pentas sebagai menzahirkan rasa hormat pada A Samad Said.
Bertepatan pula naskhah Lantai T Pinke, ujarnya, dekat dengan jiwanya.
“Hasrat saya apresiasi kita kepada naskhah-naskhah dan sumbangan besar Pak Samad pada dunia kesusasteraan negara tidak akan berhenti.
“Membawa karya hebat Sasterawan Negara ke pentas teater adalah sumbangan saya dan komuniti teater dalam memastikan masyarakat umum tidak akan melupakan tokoh yang telah melestarikan kesusasteraan sepanjang hayat mereka.
“Saya bersyukur, berterima kasih dan sangat terharu kerana Pak Samad memberi keizinan dan kepercayaan kepada team produksi saya untuk mementaskan Lantai T Pinkie selepas kali terakhir kami terbitkannya pada 2006,” kata Siti Rohayah lagi.
Teater muzikal Lantai T Pinkie terbitan CTRA Production akan dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 Oktober ini.
Pada pementasan kali ini, Siti Rohayah memilih penyanyi dan pelakon baharu, Zera Hariz, 28, sebagai watak utama dalam pementasan terbaru berkenaan.
Kata Siti Rohayah, dia yakin Zera adalah pelakon generasi baharu yang tepat untuk melakonkan watak utama sebagai T Pinkie dalam muzikal terbabit.
Watak T Pinkie dalam tiga pementasan sebelum ini dilakonkan pelakon dan penerbit terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina pada pementasan 1997, Nasha Aziz (2000) dan Vanidah Imran (2006).
Selain Zera, muzikal Lantai T Pinkie arahan Rosminah Tahir itu turut menampilkan lakonan Nabila Huda, Linda Nanuwil, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Jalaluddin Hassan, Faysal Saad, Serra Kamal, Zaifri Husin, Zuhairi Ibrahim dan ramai lagi.
Saharudin Musthafa
Wed Sep 27 2023
Muzikal Lantai T Pinkie akan dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 Oktober ini.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Nilai sentimental Lantai T Pinkie buat Siti Rohayah
Kisah perempuan joget karya Sasterawan Negara, A Samad Said kembali ke pentas teater selepas 17 tahun.
Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.