Masih lagi tidak putus semangat dalam usaha mengangkat irama Tradisional ke peringkat lebih tinggi, penyanyi Noraniza Idris berharap irama tersebut dapat dihargai golongan muda.
Menurut Noraniza, dia masih merasakan dirinya perlu terus berkarya untuk memberikan sumbangannya dalam industri muzik tanah air.
Lebih-lebih lagi apabila melibatkan lagu-lagu berentak irama Malaysia yang kurang mendapat perhatian oleh golongan muda zaman sekarang.
Selain daripada berkarya, sebagai seorang penghibur sejati, Noraniza Idris juga cukup mementingkan kesempurnaan ketika membuat persembahan kerana baginya acara itu sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang telah memberikan sokongan kepada dirinya.
Ini terbukti menerusi Konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun yang telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.
Sentiasa mencari kelainan dalam persembahan, konsert Lentera Muzik Noaniza Idris Masyur 30 tahun itu telah menggabungkan enam lagu etnik dan himpunan lagu rakyat fusion berkonsepkan transformasi budaya tarian etnik vs’ street dance’ yang berkonsep ‘battle’ diiringi penyanyi latar.
Dengan adanya gabungan antara elemen-elemen tradisional dan moden itu, Noraniza berharap mampu menarik minat golongan muda untuk mendengar lagu-lagu irama Malaysia.
Gempak
Sun Apr 10 2016

Noraniza Idris sentiasa memukau penonton dengan persembahan yang penuh nilai seni dan budaya. - Foto ihsan Khairul Amri Hassan

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.

"Tak sama macam menang anugerah" - Noraniza Idris lakar sejarah Malaysia Book Of Records!
Noraniza Idris melakar sejarah baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia.

Noraniza Idris harap irama tradisional dihargai generasi muda
Masih tidak putus semangat dalam usaha mengangkat irama tradisional ke peringkat lebih tinggi, Noraniza Idris berharap genre itu dihargai golongan muda.