Filem ’Ola Bola’ mengungguli kategori teknikal dalam Festival Filem Malaysia ke-28 selepas berjaya meraih tiga trofi termasuk ’Lagu Tema Asal Terbaik’ melalui lagu berjudul, ’Arena Cahaya’ di acara pembukaan anugerah berprestij yang berlangsung di Studio Sound Stage, Ulu Kelang di Ampang, Selangor malam tadi.
Lagu berentak ’folk’ hasil nukilan, Zee Avi dan Rendra Zawawi cukup menarik merupakan runut bunyi asal filem, ’Ola Bola’ sentuhan pengarah, Chiu Keng Guan.
Diterbitkan oleh Astro Shaw, ’Ola Bola’ turut berjaya meraih anugerah Pereka Kostum/Busana Terbaik oleh Elaine Ng dan Weng Shum; dan Skor Muzik Asal Terbaik (Onn San dan Alex San).
Malam perasmian FFM28 dihadiri oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Produksi Datuk Fauzi Ayoh, Ketua Pengarah Produksi dan Komunikasi Pengerusi FFM28 Datuk Yusof Haslam.
Sebanyak 10 kategori telah dianugerahkan seperti Pereka Kostum/ Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Kesan Visual Khas Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik, Filem Animasi Pendek Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Dokumentari Terbaik dan Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Filem terbitan KRU Studios, ‘Cicakman 3’ meraih trofi Kesan Visual Khas Terbaik dan kategori Penataan Muzik Terbaik dinobatkan kepada Imaginex Studios Sdn Bhd melalui filem seram, ‘Munafik’.
Filem di dalam Bahasa Kantonis, ‘Huat The Fish’ arahan Silver Yee dianugerah trofi Penataan Seni Terbaik.
Antara penyampai anugerah yang turut memeriahkan malam perasmian adalah Micheal Ang, Nizam Razak, Sanjay Kumar, Nasha Aziz, Emma Maembong, Sabrina Ali, Rizal Haleem, dan Adeline Tsen.
Acara ini telah diterajui oleh Sharifah Shahora dan Wan Syarul, acara turut menampilkan persembahan dari Datuk Hattan, Adira, Elyana, Hazama dan Kumpulan Votez.
Malam kemuncak FFM28 akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre di ibu negara esok.
'Ola Bola' mendahului senarai FFM28 apabila menerima 14 pencalonan termasuk Pengarah Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia dan Lakon Layar Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia.
Berikut senarai pemenang:
Pereka Kostum/Busana Terbaik: Elaine Ng/Weng Shum (Ola Bola)
Penataan Seni Terbaik: Wong Jee Meng/Nick Wong (Huat The Fish)
Kesan Visual Khas Terbaik: Yusry Abdul Halim (Cicakman 3)
Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studios Sdn Bhd (Munafik)
Skor Muzik Asal: Onn San/Alex San (Ola Bola)
Lagu Tema Asal Terbaik: Zee Avi & Rendra Zawawi – Arena Cahaya (Ola Bola)
Filem Animasi Terbaik: Wau Animation (Ejen Ali)
Filem Pendek Terbaik: Entropy Studios Sdn Bhd (RM10)
Filem Dokumentari Terbaik: Dosfella Sdn Bhd (Boat People)
Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Mohd Noor Tagaya
Hafidah Samat
Fri Sep 02 2016

Ola Bola unggul dalam kategori teknikal di acara pembukaan FFM28 yang berlangsung malam tadi. - Gambar fail

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

FFM28: Kemenangan Nabila Huda dirai, dua filem terbaik buat netizen pelik
Kemenangan Nabila juga direstui majoriti peminat dan pemerhati dunia perfileman, memandangkan lakonan cemerlangnya dalam Munafik.

'Ola Bola' raih tiga anugerah teknikal di Festival Filem Malaysia ke-28
Filem 'Ola Bola' mengungguli kategori teknikal dalam Festival Filem Malaysia ke-28 selepas meraih tiga trofi termasukLagu Tema Asal Terbaik melalui lagu berjudul, Arena Cahaya, nyanyian Zee Avi.

FFM28: Pekin Ibrahim geram filem dipertikaikan
Pekin Ibrahim geram apabila filem debut arahannya bersama pengarah Syafiq Yusof, 'Mat Moto' dipertikaikan baru-baru ini.

Industri filem negara perlu tinggalkan isu remeh untuk berjaya
Industri filem negara perlu fokus hasilkan karya yang baik daripada terus berbalah mengenai keputusan kementerian susulan isu bahasa.

FDAM umum tidak lagi bersama FFM
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) umum tidak lagi bersama Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28).

FFM28: Anugerah Filem Terbaik terbuka untuk semua - Salleh Said
Kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan akan diwujudkan pada FMM anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Pengarah sinematografi Mohd Noor Kassim pulang semula dua trofi FFM miliknya
Pengarah sinematografi itu bertindak sedemikian sebagai protes terhadap keputusan pihak penganjur FFM28 yang mewujudkan pengasingan bahasa dalam pencalonan kategori utama festival tersebut.

Isu pengasingan bahasa dalam FFM akan diperhalusi - Finas
Menurut Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman, perkara itu akan dibawa kepada kementerian berkaitan bersama pihak strategik PFM.

Tiada amalan pilih kasih dalam pencalonan FFM28 - Yusof Haslam
PFM sedia melepaskan tugas menganjurkan FFM yang akan datang susulan tuduhan yang dilemparkan pada penganjuran kali ini.

FFM28: 'Pembahagian kategori mengikut bahasa bukan satu diskriminasi' - FDAM
Jika FFM mengamalkan diskriminasi, Saw Teong Hin dan filem arahannya, Jejak Warriors, tidak akan tercalon dalam kategori utama.