Produksi OlaBola The Musical mengungguli Anugerah Seni Boh Cameronian (BCAA) edisi ke 16 yang berlangsung pada Ahad.
Arahan pertama Puan Sri Tiara Jacquelina itu membolot lapan anugerah, termasuk muncul sebagai salah satu pemenang bagi kategori utama, Best of 2018.
Menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama berpasukan, Tiara bersyukur kerana usahanya untuk mengabadikan karya hebat Chiu Keng Guan itu ke pentas teater mendapat pengiktirafan juri.
"Saya masih ingat saat-saat ketika OlaBola The Musical masih di peringkat perancangan. Saya dan pasukan memerah otak bagaimana mahu menghasilkan sebuah pementasan muzikal tentang bola sepak.
"Bermain bola di atas pentas merupakan kerisauan terbesar saya ketika itu, tetapi saya bersyukur kerana akhirnya semuanya berbaloi.
"Saya sangat bertuah kerana mempunyai pasukan yang sangat hebat dan pelakon-pelakon yang berdedikasi," kata Tiara yang ditemui selepas tamat acara yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.
Bagi kru dan pelakon, mereka cukup berbangga menjadi sebahagian daripada karya yang diadaptasi daripada kisah kegemilangan pasukan bola sepak negara pada era 80an itu.
"Memainkan watak Tauke merupakan cabaran terbesar dalam kerjaya saya sebagai pelakon. Tetapi ia memberi keyakinan kepada saya untuk menerima apa sahaja cabaran yang lebih besar di masa hadapan," kata Brian Chan yang dinobatkan sebagai Pelakon Utama Terbaik.
"Kami membuka pintu yang mungkin selama ini orang lain tidak berani buka. Muzikal ini mengetengahkan hip hop sebagai asasnya, dan kerana ceritanya berkaitan dengan bola sepak, ramai orang yang sebelum ini tidak pernah tonton teater, hadir ke Istana Budaya untuk menontonnya," kata Altimet yang bertindak sebagai salah seorang penulis lirik bagi OlaBola The Musical.
Antara trofi yang dibawa pulang OlaBola The Musical adalah Persembahan Ensemble Terbaik, Pelakon Utama Terbaik, Reka Bentuk Set Terbaik dan Tiara sendiri membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik.
BCAA yang dianjurkan sejak 2002, memberi pengiktirafan kepada penggiat seni persembahan daripada empat cabang, iaitu tarian, muzik, teater dan teater muzikal.
Madiha Abdullah
Sun Apr 28 2019

Antara trofi yang dibawa pulang OlaBola The Musical adalah Persembahan Ensemble Terbaik, Pelakon Utama Terbaik, Reka Bentuk Set Terbaik dan Tiara sendiri membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik. - Foto Instagram Tiara Jacquelina

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

MerdekaKU: Visi Tiara lahir generasi seni berketrampilan
Enfiniti Academy telah melahirkan lebih 7,000 graduan dan ia merupakan satu kejayaan besar bagi sebuah akademi seni seusianya.

OlaBola The Musical ungguli Anugerah Seni Boh Cameronian ke 16
Arahan pertama Puan Sri Tiara Jacquelina itu membolot lapan anugerah, termasuk anugerah utama, Best of 2018.

Teater muzikal Empress Wu menang besar
'Empress Wu' arahan Pun Kai Loon mengungguli enam dari 15 pencalonan di Anugerah Seni Boh Cameronian ke-10.