KUGIRAN popular dari Indonesia, Padi bakal berkongsi pentas dengan Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid yang dijemput sebagai penyanyi jemputan menerusi Konsert 25 Tahun Padi Reborn pada 3 Disember depan.
Piyu yang merupakan pengasas serta pemain gitar Padi Reborn berkata, pemilihan Sheila dilihat bersesuaian dengan taraf legenda yang diberikan kepada penyanyi lagu Sinaran itu.
"Kami juga peminat Sheila dan dia merupakan penyanyi legenda Malaysia. Tambahan pula, persembahan ini nanti adalah sesuatu yang baru buat kami juga.
“Jika diimbas kembali, kami pun pernah berkolaborasi bersama pada 2005 menerusi lagu Antara Anyer Dan Jakarta di Indonesia. Ketika itu untuk persembahan tertutup sahaja. Selepas itu kami sekali lagi bekerjasama pada 2018 pada acara sambutan tahun baharu di sebuah stesen TV di Indonesia.
"Insya-Allah, kami akan menyampaikan lagu hits Sheila dan bersama-sama menyanyikan lagu Padi Reborn pada konsert ini nanti. Lagu apa yang bakal kami persembahkan, biarlah jadi kejutan. Mudah-mudahan kami dapat memberikan yang terbaik," katanya.
Padi Reborn yang dianggotai oleh Piyu, Fadly (penyanyi), Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram) ditemui pada sesi temu bual secara virtual baru-baru ini sempena Padi Reborn 25 Tahun Live in Kuala Lumpur.
Sementara itu, bagi Sheila Majid, dia berbesar hati dan terharu dijemput bagi menjayakan konsert itu.
"Saya rasa berbesar hati dan terharu dijemput sebagai penyanyi undangan oleh pihak Padi Reborn dan penganjur, Qew Comm untuk sama-sama meraikan ulang tahun ke-25 mereka pada Konsert Padi Reborn 25 Years Live In Kuala Lumpur.
"Seingat saya, kami belum pernah berkolaborasi dalam mana-mana konsert atau persembahan namun pernah berkongsi pentas yang sama dalam sebuah acara tahun baru di Yogyakarta pada 2018.
"Saya berharap peminat akan dapat datang dan sama-sama menyaksikan kerjasama perdana kami dalam konsert ini. Mengenai lagu, perlu tunggu dan lihat kerana ini juga elemen kejutan buat peminat. Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan," katanya.
Pengarah Qew Comm, Datin Rahizahwati Yahya selaku penganjur pula berkata, tiket konsert berkenaan sudah lebih separuh terjual.
"Alhamdulillah, jualan tiket dah lebih separuh terjual. Kami mengharapkan sehingga konsert ini berjalan, penjualan akan lebih banyak. Sebenarnya, untuk sambutan berpecah ke konsert lain, kami percaya konsert ini ada sesuatu yang istimewa," katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Wed Oct 26 2022
![Padi bakal kongsi pentas dengan Sheila Majid Padi bakal kongsi pentas dengan Sheila Majid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666754612_DatukSheilaMajid.jpg)
Kumpulan Padi bakal berkongsi pentas dengan Datuk Sheila Majid yang pada Konsert 25 Tahun Padi Reborn pada 3 Disember depan. - Gambar GEMPAK
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723461785_tbMohamadSabu.jpg)
Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
![KKDW kenal pasti tanah di Kota Belud, Sri Aman untuk tanaman padi KKDW kenal pasti tanah di Kota Belud, Sri Aman untuk tanaman padi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41696067173_Inisiatifpenanaman.jpg)
KKDW kenal pasti tanah di Kota Belud, Sri Aman untuk tanaman padi
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang menjalankan penilaian tanah di Kota Belud, Sabah dan Sri Aman, Sarawak yang dijangka sesuai bagi projek penanaman padi.
![Selepas 5 tahun, Sheila Majid bakal kembali dengan konsert mega 2023? Selepas 5 tahun, Sheila Majid bakal kembali dengan konsert mega 2023?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669427763_TBsheilamajid.jpg)
Selepas 5 tahun, Sheila Majid bakal kembali dengan konsert mega 2023?
Selepas konsert terakhir lima tahun lalu, peminat setia pasti tidak sabar menanti untuk mengubat kerinduan terhadap figura ini.
![Padi bakal kongsi pentas dengan Sheila Majid Padi bakal kongsi pentas dengan Sheila Majid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666754612_DatukSheilaMajid.jpg)
Padi bakal kongsi pentas dengan Sheila Majid
Bila dua nama besar dari dua negara bergabung, tentu sekali ramai yang teruja!
![Band popular Indonesia Padi rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia Band popular Indonesia Padi rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664362735_KumpulanPADI.jpg)
Band popular Indonesia Padi rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia
Sempena ulang tahun jubli perak band popular Indonesia, Padi Reborn bakal rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia.
![PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81513075784_Rice.jpg)
PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal
PPBMM mempersoalkan di manakah stok simpanan beras Negara disimpan dan bagaimanakah mekanisme pengedaran stock beras dilaksanakan.
![Didakwa bernikah senyap-senyap dengan Rossa, ini penjelasan Afgan Didakwa bernikah senyap-senyap dengan Rossa, ini penjelasan Afgan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540303202_afgan_1.jpg)
Didakwa bernikah senyap-senyap dengan Rossa, ini penjelasan Afgan
Kalau dua-dua dah single apa salahnya... Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.
![Tuai Padi (Reborn) antara mata dan telinga Tuai Padi (Reborn) antara mata dan telinga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81530540340_KonsertPadi.jpg)
Tuai Padi (Reborn) antara mata dan telinga
Secara keseluruhanya konsert ini amat berjaya dan menghiburkan, rata-rata yang hadir tersenyum kepuasan.
![Bagai sesuatu yang tertunda, Padi muncul selepas sepi selama 7 tahun Bagai sesuatu yang tertunda, Padi muncul selepas sepi selama 7 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525524913_PadiReborn.jpg)
Bagai sesuatu yang tertunda, Padi muncul selepas sepi selama 7 tahun
Deretan hit klasik seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu Indah atau Kasih Tak Sampai pasti akan diperdengarkan.
![Rossa buka hijab kurang disenangi peminat Rossa buka hijab kurang disenangi peminat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/71362615125_295x200.jpg)
Rossa buka hijab kurang disenangi peminat
Rossa teguh memegang pendiriannya dengan membuka hijab tidak lama selepas mengerjakan haji walaupun ianya tidak disenangi para peminatnya.