SELEBRITI dan sosialit, Paris Hilton bertunang dengan teman lelakinya, Chris Zylka.
Hilton mengumumkan pertunangannya dengan memuat naik foto di laman Twitternya pada Selasa.
"Saya berkata ya! Sangat gembira dan teruja kerana bertunang dengan cinta hatiku. Kawan baik dan teman sejiwa saya. Dia paling sempurna untuk saya. Sangat berdedikasi, setia, penyayang dan baik hati. Saya rasa seperti gadis yang paling bertuah di dunia ini. Impian saya menjadi kenyataan!"
Menurut People Magazine, pertunangan itu berlaku di puncak gunung Colorado, Amerika Syarikat semasa pasangan itu sedang bercuti.
Dalam foto yang lain yang turut dimuat naik bekas bintang realiti itu, Hilton menunjukkan cincin berlian yang nilainya hampir mencecah AS$2 juta sambil mengucup tunangnya.
Hilton, 36, dan Zylka, 32, dilaporkan bertemu di majlis Oscars beberapa tahun lalu.
Zylka terkenal dengan siri televisyen 'The Leftovers'.
Sebelum ini, pelakon itu pernah bertunang dengan model Hanna Beth Merjos tetapi mereka berpisah pada awal 2015.
Pritha Manivannan
Wed Jan 03 2018

Paris Hilton di sebuah majlis di Beverly Hilton, Beverly Hills di California, Amerika Syarikat pada 5 Mei 2017. - AP

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Paris Hilton, Chris Zylka bertunang
Paris Hilton mengumumkan pertunangannya dengan memuat naik foto di laman Twitternya pada Selasa.