PELAKON drama bersiri Autumn Di Hatiku, Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, selamat bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam semalam.
Melahirkan secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, bayi perempuan itu merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup antara Hanez dan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya dan suami serta keluarga sangat bersyukur di atas kelahiran anak sulung saya ini," kata Hanez ringkas ketika dihubungi Astro Gempak.
Hanez mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Romie Razin pada 14 Mac 2015 di Masjid Putra, Putrajaya.
Sebelum ini, Romie Razin pernah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3.
Sekalung tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Hanez dan suami di atas kelahiran puteri sulung mereka!
Gempak
Wed Dec 30 2015

Hanez selamat bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam semalam.
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Pelakon drama Autumn Di Hatiku, Hanez Suraya selamat lahirkan bayi perempuan
Hanez Suraya selamat bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam tadi.