KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajudin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 petang tadi di Hospital Shah Alam (HSA).
Allahyarham meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Memetik laporan portal Berita Harian, anak Allahyarham Hisham, Aqeela, 26, berkata, bapanya yang ditidurkan di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), HSA sejak akhir bulan lalu, menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarga.
"Abah saya, Hisham Ahmad Tajudin kembali menemui Sang Pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang.
"Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, abah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Ia kemudian merebak ke organ lain sehingga tidak berfungsi.
"Abah dikhabarkan teruk sejak malam tadi, di mana hospital hubungi saya memberitahu abah sudah tenat.
"Jadi, kami sekeluarga, berada di sisi Abah sejak malam tadi sehingga Asar.
"Abah meninggal di hadapan saya, suami saya dan ibu," kata Aqeela dipetik sebagai berkata.
Pada masa ini, pihak keluarga, kata Aqeela, masih belum dapat berkongsi maklumat pengebumian Allahyarham kerana pihak hospital masih lagi menguruskan jenazah bapanya.
"Saya sedang menunggu pasukan forensik membuat laporan. Biar pihak hospital uruskan dahulu," katanya.
Seniman itu dimasukkan ke hospital pada 29 September lalu selepas mengalami batuk teruk yang berpanjangan.
Allahyarham juga ditidurkan dan bergantung sepenuhnya pada mesin sokongan berikutan tidak boleh bernafas secara normal.
Allahyarham Hisham merupakan antara pelakon tanah air yang sangat dihormati.
Sepanjang terlibat dalam dunia lakonan, Allahyarham membintangi banyak filem antaranya filem Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988) selain drama-drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014).
Astro Awani
Wed Oct 12 2022

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajudin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 petang tadi di Hospital Shah Alam (HSA).

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Pelakon Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.