BINTANG Home Alone, Macaulay Culkin, menerima bintang di Hollywood Walk of Fame sebagai mengiktiraf impak lakonannya sepanjang lebih 30 tahun kerjaya.
Culkin yang ditemani tunangnya, pelakon Brenda Song serta dua anak lelaki mereka, berkata penghormatan itu lebih bermakna dengan kehadiran keluarga.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Brenda, awak adalah segala-galanya. Saya percaya awak lebih gembira daripada saya hari ini.
"Awak bukan sahaja insan terbaik yang pernah saya kenal, tetapi awak juga beri saya tujuan hidup, keluarga dan kasih sayang," katanya dalam ucapan ringkas.
Dua anak pasangan itu, Dakota dan Carson, turut hadir pada majlis tersebut.
Culkin merupakan salah seorang pelakon kanak-kanak paling berjaya sepanjang zaman, namun bintang berusia 43 tahun itu pernah melalui fasa kejatuhan dalam dunia hiburan.
Culkin pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah, namun mula meninggalkan tabiat buruknya selepas mengenali Song.
Pada majlis itu, dia juga bertemu semula dengan pelakon Catherine O'Hara, yang memainkan watak ibunya dalam Home Alone.
"Dia bukan sahaja comel, tetapi dia juga seorang pelakon yang berbakat.
"Dialah sebab kita semua menjadikan menonton Home Alone sebagai tradisi percutian keluarga.
"Home Alone sentiasa akan menjadi filem yang digemari keluarga di seluruh dunia kerana Macaulay Culkin," kata O'Hara.
Culkin memulakan kerjaya sebagai pelakon teater pada usia empat tahun, sebelum menjadi terkenal menerusi watak Kevin McCallister dalam Home Alone, yang turut membolehkannya menerima pencalonan Golden Globe.
Selain Home Alone dan Home Alone 2: Lost in New York, Culkin juga membintangi filem My Girl, Uncle Buck, The Nutcracker, Getting Even With Dad dan The Pagemaster dan Richie Rich.
Agensi
Sat Dec 02 2023
![Pelakon 'Home Alone' terima bintang Walk of Fame Pelakon 'Home Alone' terima bintang Walk of Fame](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701505306_TBCULCIN.jpg)
Culkin bersama tunangnya, Brenda Song dan anak mereka, Dakota. - REUTERS/Mario Anzuoni
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
![Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739940056_TBkemalangan.jpg)
Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
![Pelakon 'Home Alone' terima bintang Walk of Fame Pelakon 'Home Alone' terima bintang Walk of Fame](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701505306_TBCULCIN.jpg)
Pelakon 'Home Alone' terima bintang Walk of Fame
Bintang berusia 43 tahun itu pernah melalui fasa kejatuhan dalam dunia hiburan.
![Dari selekeh ke segak, Macaulay Culkin kembali tawan perhatian dunia seni Dari selekeh ke segak, Macaulay Culkin kembali tawan perhatian dunia seni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81450952027_MacaulayCulkin.jpg)
Dari selekeh ke segak, Macaulay Culkin kembali tawan perhatian dunia seni
Macaulay Culkin yang sebelum ini kelihatan selekeh, kurus dan tidak terurus kini mengejutkan ramai dengan penampilan barunya.
![Watak utama 'Home Alone', Macaulay Culkin jadi pemandu Uber Watak utama 'Home Alone', Macaulay Culkin jadi pemandu Uber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71450961770_MacaulayCulkin.jpg)
Watak utama 'Home Alone', Macaulay Culkin jadi pemandu Uber
Ingat lagikah kita dengan watak kanak-kanak lelaki comel dalam filem hiburan keluarga Home Alone, Macaulay Culkin?