Bintang filem "The Raid" Iko Uwais, Yayan Ruhiyan dan Cecep Arif Rahman lega akhirnya dapat bercerita mengenai watak yang dimainkan mereka dalam filem "Star Wars: The Force Awakens" setelah filem yang ditunggu-tunggu itu membuka tirainya di Jakarta, pada lewat Selasa.
Ketiga-tiga mereka memegang watak anggota geng Kanjiklub, iaitu sebuah organisasi jenayah antara galaksi yang diketuai Tasu Leech dalam edisi ketujuh siri popular "Star Wars" itu.
Memetik laporan Jakarta Globe, Yayan yang memainkan watak Tasu Leech mula terlibat dalam projek itu dua tahun lalu.
"Kami hanya diberi kebenaran bercakap mengenai filem ini dua hari lalu," kata Yayan kepada Antara pada tayangan perdana filem itu di pusat beli belah bandar Senayan di Jakarta.
Cecep memberitahu biarpun wataknya tidak mempunyai dialog tetapi pasukan kreatif "Star Wars" mencipta bahasa khusus bagi anggota Kanjiklub itu.
"Krew itu begitu ramah dan banyak membantu. Jadual penggambaran sebenarnya adalah ketika bulan Ramadan dan ketiga-tiga kami sedang berpuasa. Itu adalah bulan puasa paling mencabar bagi saya kerana kami tidak dapat makan atau minum lebih 19 jam. Tetapi krew kami sentiasa memastikan makanan tersedia apabila tiba masa berbuka," katanya.
Iko, yang memegang watak Razo Quin-Fee pula berkata dia cukup seronok bekerjasama dengan pengarah filem tersohor, J.J. Abrams.
Iko dan Yayan yang merupakan artis seni pertahankan diri profesional menempuh nama apabila berlakon dalam filem "The Raid" dan "The Raid 2" yang turut dibintangi Cecep.
Abrams dikatakan merupakan peminat filem "The Raid" arahan Welshman Gareth Evans.
Agensi
Wed Dec 16 2015
Iko (gambar) yang memegang watak Razo Quin-Fee pula berkata dia cukup seronok bekerjasama dengan pengarah filem tersohor, J.J. Abrams. - Gambar fail
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
'Star Wars: The Force Awakens' nostalgik, penuh aksi dan boleh tangkap leleh
Seperti peminat tegar Star Wars yang lain, pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan kemampuan Disney dan J.J. Abrams menerbit serta menerajui filem idea George Lucas ini.
Pelakon Indonesia filem 'Star Wars: The Force Awakens' lega akhirnya dapat bersuara
Bintang filem "The Raid" Iko Uwais, Yayan Ruhiyan dan Cecep Arif Rahman lega akhirnya dapat bercerita mengenai watak yang dimainkan mereka dalam filem "Star Wars: The Force Awakens".