PELAKON Korea Selatan, Park Soo Ryun, 29, atau nama sebenarnya Park Young In meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh tangga, kelmarin.
Menurut ahli keluarganya, Soo Ryun terjatuh ketika pulang ke rumah selepas bekerja, menyebabkannya koma.
Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak ketika mendapat rawatan di hospital, lapor Allkpop.
Berdasarkan laporan media Korea Selatan, ibunya memaklumkan bahawa jantungnya masih berfungsi, namun otaknya gagal berfungsi.
Berdasarkan laporan terbaru, keluarganya bersetuju untuk mendermakan organ Ryun kepada mereka yang memerlukan.
Sebelum kejadian itu, Soo Ryun sepatutnya ke Pulau Jeju, untuk membintangi drama muzikal terbaharunya.
Ryun juga cukup dikenali sebagai penyanyi dalam industri muzik Kpop dan turut membintangi beberapa drama antaranya Siddhartha, Finding Mr Destiny dan The Days We Loved.
Paling meninggalkan kesan adalah lakonannya dalam Snowdrop pada 2021 bersama-sama anggota Blackpink, Jisoo dan Jung Hae In.
Acara penghormatan terakhir Soo Ryun diadakan di Hospital Suwon, Gyeonggi Provincial Medical Centre, manakala upacara pengebumian dilaksanakan, hari ini.
Astro Awani
Tue Jun 13 2023
![Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686632982_ParkSooRyun.jpg)
Soo Ryun terjatuh ketika pulang ke rumah selepas bekerja, menyebabkannya koma sebelum disahkan meninggal dunia. - Gambar/ FB Jennie Vidz
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686632982_ParkSooRyun.jpg)
Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga
Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, 29, atau nama sebenarnya Park Young In meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh tangga, kelmarin.