Seorang pelakon tempatan mendapat peluang untuk membintangi filem bersama pelakon Superman Returns, Brandon Routh dalam sebuah filem terbitan Hollywood yang berjudul Lost In The Pacific.
Penggambaran filem itu akan dilakukan di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.
Menurut Asia News Network, bekas Miss Malaysia Chinese International 1998 dan artis Hong Kong TVB, Debbie Goh telah ditawarkan peluang untuk berlakon dalam filem tersebut apabila dia pulang ke Malaysia pada Februari lepas.
Menurut Debbie, dia dihubungi oleh pihak penerbit filem tersebut untuk mengadakan satu pertemuan.
Bagaimanapun, Debbie pada ketika itu tidak dapat menghadirkan diri, lalu menghantar video pengenalan diri dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin kepada mereka.
Akhirnya, pelakon itu dipilih dan diberi salah satu watak utama dalam filem tersebut.
Berasal dari Johor, Debbie dikenali melalui drama TV Age of Glory (2008), The Descendant (2010, Glowing Embers (2012), dan juga The Legend of Kublai Khan (2013).
Walau bagaimanapun, filem Lost In The Pacific adalah filem pertama pelakon itu menggunakan bahasa Inggeris.
“Oleh kerana ini kali pertama saya akan berlakon dalam filem Inggeris, saya akan memperbaiki Bahasa Inggeris saya dengan menggunakannya dalam pergaulan seharian.
“Saya rasa bertuah dan sedar bahawa ini adalah satu cabaran bagi saya. Tambahan pula, saya akan membawa nama Malaysia,” kata Debbie.
Filem fiksyen sains futuristik ini mengisahkan sekumpulan penumpang elit di atas sebuah pesawat mewah yang kemudiannya dilanda tragedi.
Selain pelakon Hollywood, Brandon Routh, filem ini turut dibintangi pelakon China, Zhang YuQi dan akan diarah oleh pengarah Vincent Zhou.
Penggambaran filem telah bermula di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di Nusajaya, Johor dan filem ini dijadualkan menemui penonton pada hujung tahun 2015.
Kohilah Sekaran
Fri Apr 17 2015

Pelakon tempatan Debbie Goh mendapat peluang untuk membintangi bersama pelakon Superman Returns, Brandon Routh dalam filem Hollywood
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Tiada lagi tindakan dari MCMC
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) tidak berhasrat untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap tiga penyampai radio ERA FM, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir Affendy.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.

Pelakon Malaysia bintangi filem Hollywood
Pelakon tempatan Debbie Goh mendapat peluang untuk membintangi bersama pelakon Superman Returns, Brandon Routh dalam filem Hollywood Lost in the Pacific.