Memetik laporan Business Standard, penangkapan Rao berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, Bengaluru pada Ahad lalu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, penyeludupan itu terbongkar selepas melihat aktiviti Rao yang terlalu kerap melakukan perjalanan ke Dubai iaitu sebanyak 30 kali pada 2024.
Malah, dia turut pergi ke Dubai sebanyak 4 kali dalam tempoh 15 hari dalam tahun ini.
“Setiap perjalanan ke Dubai, suspek dipercayai menyeludup beberapa kilogram emas ke India dan memperoleh bayaran antara 1.2 juta rupee (RM60,970) hingga 1.3 juta rupee (RM66,061).
“Selain jaket, Rao turut menggunakan tali pinggang direka khas untuk membolehkannya menyeludup emas tanpa dikesan.
“Kami mengesyaki Rao dibantu oleh polis tempatan,” kata polis.
“Siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti sama ada Rao bertindak sendirian atau merupakan sebahagian daripada sindiket penyeludupan emas yang lebih besar,” tambahnya.
Rao kini ditahan di Penjara Pusat Parappana Agrahara.
Kejadian ini mengejutkan orang ramai kerana dia bukan saja seorang selebriti, malah anak tiri kepada pegawai kanan polis. - Gempak
