PELAKON Wanna Ali sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Khairul Amri Tan Sri Khalid dalam satu majlis di Petaling Jaya pada Ahad.

Menerusi video yang tular, Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali selamat dinikahkan dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali kira-kira jam 10.40 pagi.

Dalam satu majlis serba putih itu, anak kepada penerbit terkenal Datuk Ayu Puteh itu menerima mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin.

Terdahulu, bercakap kepada Gempak, Wanna memaklumkan dirinya akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu. -- Gempak