PEMBEDAHAN bariatrik atau pembedahan yang membantu seseorang menurunkan berat badan dirumuskan sebagai punca kematian personaliti popular Hollywood, mendiang Lisa Marie Presley.
Berdasarkan laporan aotopsi yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Los Angeles, penyanyi dan pewaris legenda seni global, Elvis Presley itu dikaitkan dengan prosedur penurunan berat badan yang dilakukannya beberapa tahun sebelum kematiannya pada 12 Januari lalu.
Mendiang Lisa Presley meninggal dunia pada usia 54 tahun.
Penurunan berat badan melalui pembedahan bariatrik merupakan prosedur yang dilakukan untuk membantu seseorang mengurangi berat badan dalam situasi tertentu.
Laporan tersebut menyebut, komplikasi yang dialami oleh Lisa Presley merupakan komplikasi yang lazim berlaku hasil daripada pembedahan bariatrik.
Pembedahan sedemikian biasanya dilakukan jika kaedah penurunan berat badan yang lain tidak berhasil atau jika seseorang memiliki masalah kesihatan yang serius.
Lisa Presley meninggal di sebuah hospital di Los Angeles, tempat dia dikejarkan oleh pasukan paramedik setelah mendapat panggilan kecemasan yang melaporkan seorang wanita mengalami serangan jantung di rumahnya.
Semasa mengumumkan pemergian Lisa Presley, tiada sebarang petunjuk dikongsi pasukan perubatan kepada umum mengenai kemungkinan yang mencetuskan kepada persoalan kematian artis itu.
Laporan autopsi turut berkata, Lisa Presley mengeluh mengalami kesakitan perut beberapa hari sebelum kematiannya.
Mendiang Lisa Presley Dia disemadikan pada 22 Januari lalu di Graceland iaitu kediaman yang didiami bersama bapanya ketika usia kanak-kanaknya.
Lisa Presley meninggalkan tiga orang anak perempuan, iaitu Riley Keough yang berusia 34 tahun dan pasangan kembar, Harper dan Finley Lockwood yang berusia 15 tahun.
Sementara anak lelakinya, Benjamin Keough meninggal pada tahun 2020.
Beberapa hari selepas pengebumiannya, tercetus pertikaian tuntutan undang-undang yang serius mengenai harta tinggalan waris Presley. - Agensi
Agensi
Fri Jul 14 2023

Pembedahan bariatrik atau pembedahan yang membantu seseorang menurunkan berat badan dirumuskan sebagai punca kematian personaliti popular Hollywood, mendiang Lisa Marie Presley.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pembedahan bariatrik punca kematian Lisa Marie Presley - Laporan
Lisa Presley didakwa mengalami kesakitan perut beberapa hari sebelum kematiannya.

Lisa Marie Presley dijadual disemadikan di Graceland pada Ahad
Lisa Marie akan dikebumikan sebelum upacara peringatan yang akan diadakan pada Ahad jam 9 pagi di laman utara Graceland.

Lisa Marie Presley meninggal dunia
Anak perempuan kepada legenda rock & roll Elvis Presley dan pelakon Priscilla Presley meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital
Sumber memaklumkan pasukan paramedik memberi bantuan pernafasan kepada Lisa Marie pada Khamis di rumahnya di Calabasas sebelum dia dikejarkan ke hospital.