BUKAN sesuatu yang mengejutkan apabila 'reunion' kumpulan Spice Girls mendapat sambutan luar biasa peminat.
Jumlah persembahan di empat lokasi dalam konsert jelajah mereka di United Kingdom tahun depan telah ditambah, membuktikan betapa hebatnya penangan mereka.
Namun peminat mula 'bising', khususnya di laman sosial, apabila tiket untuk persembahan-persembahan itu habis dalam masa beberapa minit sahaja.
Lebih menjengkelkan apabila tiket itu ditemui dijual atas talian, dengan harga yang tidak masuk akal.
Di eBay, ada tiket yang dijual dengan harga 9,999 pound, atau RM54,294 sekeping.
Ramai peminat berang apabila banyak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.
TONTON: Kehangatan konsert Spice Girls mula dirasai
"Kami peminat Spice Girls gagal mendapatkan tiket, tetapi ada pihak yang bukan pengikut setia berjaya membeli tiket dan menjual dengan harga yang lima kali ganda lebih mahal," kata pengguna Twitter, @elsasaigon32.
Laman rasmi yang bertanggungjawab menguruskan penjualan tiket konsert jelajah itu, Ticketmaster, menerusi jurucakapnya, Andrew Parsons memberitahu portal Mirror, senarai menunggu kini hampir mencecah 700,000 orang.
"Permintaan untuk Spice Girls sangat luar biasa. Kami sangat sibuk setiap hari.
"Jika ini berterusan, kemungkinan besar tarikh konsert dan jumlah persembahan akan ditambah lagi," kata Parsons kepada portal itu.
Konsert jelajah Spice Girls itu hanya membabitkan empat daripada lima anggot asalnya iaitu Mel B, Mel C, Emma Bunton dan Geri Halliwell, dan dijadualkan bermula Mei 2019 di Manchester.
Agensi
Sun Nov 11 2018

Spice Girls akan memulakan konsert jelajah reunion mereka di UK, pertengahan tahun hadapan. - Matt Crossick/PA via AP, File

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Perniagaan Malaysia boleh capai 179 juta pembeli aktif di eBay
Eksport perdagangan rentas sempadan Malaysia masih di peringkat agak baharu justeru itu wujud peluang amat luas untuk lebih banyak perniagaan kecil menyertai kumpulan penjual eBay.

Peminat berang, 'ulat' jual tiket konsert Spice Girls harga RM54,000
Di eBay, ada tiket yang dijual dengan harga 9,999 pound, atau RM54,294 sekeping.

Eksport alat ganti kereta antara kategori utama di eBay
Eksport alat ganti kereta menjadi antara kategori utama untuk pengeksport runcit Malaysia di eBay dengan Amerika Syarikat (AS) sebagai pasaran destinasi Nombor Satu.