PEMINAT setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.
Chee, 55, yang bertugas sebagai pelukis pelan di Seremban, Negeri Sembilan mengakui sudah sembilan kali menonton filem The Experts.
"Saya berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw. Filem ini bagus, jalan ceritanya menarik, tak klise, suntingan pun cantik.
"Saya yakin teknologi yang digunakan untuk menghasilkan filem ini pun setanding dengan filem-filem antarabangsa.
"Biasanya saya akan terus ke panggung wayang untuk menonton filem dan pada hujung minggu pula saya meluangkan masa pada pagi dan malam untuk menonton filem yang sama.
"Saya target nak tengok 24 kali sama seperti filem Sheriff. Tapi sistem belum buka untuk pembelian tiket minggu akan datang. Sudah semestinya saya akan sokong filem-filem tempatan kita," katanya kepada Gempak.
Lebih mengujakan, Chee turut membingkaikan setiap tiket, kemeja-t yang ditandatangani pelakon-pelakon yang ditemuinya sebagai kenang-kenangan.
"Setiap kali saya membeli tiket dan bertemu dengan artis kegemaran saya, saya akan mengabadikan dalam bentuk bingkai di rumah. Biasanya saya akan berhabis lebih kurang RM500 pula untuk memastikan kualiti dan hasilnya puas hati," tambah Chee.
Kebangkitan filem tempatan
Ini menyaksikan kebangkitan filem tempatan dalam mendominasi pawagam tanah air. Bulan lalu filem Sheriff telah ditayangkan dan meraih kutipan luar biasa RM 62 juta serta mengetepikan filem antarabangsa, dan kini momentum baik tersebut diteruskan oleh filem The Experts.
The Experts mencatat kutipan RM1 juta pada tayangan awal lalu pada 21 Mei. Ini membuktikan penonton kembali percaya terhadap filem Malaysia.
Hal ini sekali gus turut membuktikan dominasi filem Melayu tempatan di pawagam sejak beberapa tahun kebelakangan bermula dengan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada tahun 2022, Polis Evo 3 (2023) dan Sheriff (2024).
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini kini ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
The Experts diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.
The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.
Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube. - Gempak
Gempak
Sun May 26 2024

Chee, 55, yang bertugas sebagai pelukis pelan di Seremban, Negeri Sembilan mengakui sudah sembilan kali menonton filem The Experts.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.

Tarik tumpuan dunia, The Experts ditayang di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
The Experts dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun.

Diganding sebagai abang dan adik dalam ‘The Experts’, Aaron Aziz dedah sisi lain Syafiq Kyle
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Aaron berkata dia dapatBerp

Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.

The Experts diserbu! Jadi pilihan warga Johor untuk ditonton di pawagam
Penonton juga memuji karya luar turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.

Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.

The Experts ungguli 'box office', kutip RM5 juta selepas 4 hari tayangan
Rata-rata penonton merasakan babak tersebut amat dekat dengan mereka dan bersetuju karakter adik-beradik tersebut memang wujud.

Peminat cipta rekod tonton 'The Experts' 9 kali di pawagam dalam tempoh 4 hari
PEMINAT setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.

Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di

Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.