BERITA pertunangan pasangan pelakon Amyra Rosli, 25, bersama Amar Baharin, 31, disambut gembira oleh peminat mereka.
Sehingga kini ruangan komen di Instagram Amyra dan Amar dipenuhi ucapan tahniah yang mendoakan kebahagian mereka berdua.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa gembira kerana hubungan cinta Amyra dan Amar bukan setakat dalam drama lakonan mereka tetapi akhirnya menjadi kenyataan.
Peminat juga menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat pasangan ini ke jinjang pelamin pada 11 November depan.
Majlis pertunangan Amyra dan Amar telah diadakan secara tertutup pada petang Jumaat, bertempat di Sunway Montana, Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Pada majlis tersebut, Amar telah menyerahkan lima dulang hantaran termasuk cincin dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan.
Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 19 November depan.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik majlis pertunangan mereka yang diambil menerusi hashtag #AmyrAmar dan #AmarAmyraEngagementDay.
Gempak
Sat Jul 23 2016

Pada majlis tersebut, Amar telah menyerahkan lima dulang hantaran termasuk cincin dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan. - Foto Astro Gempak

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal timang anak perempuan
Pasangan pelakon, Amyra Rosli, 28, dan Amar Bahrin, 34, bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada bulan Februari 2020.

Peminat senang hati Amyra Rosli dan Amar Baharin bertunang
Berita pertunangan pasangan pelakon Amyra Rosli, 25, bersama Amar Baharin, 31, disambut gembira oleh peminat mereka.

Amar Baharin dan Amyra Rosli bagi sebab tidak hebah percintaan
Amar Baharin dan Amyra Rosli menjelaskan alasan mereka untuk tidak menghebahkan hubungan percintaan.