PETALING JAYA: Selepas tiga tahun tidak dapat dilangsungkan susulan pandemik COVID-19, pertandingan Dewi Remaja kembali lagi tahun ini.
Berbeza dengan edisi sebelumnya, antara kelainan yang ditampilkan kali ini ialah membuka penyertaan kepada gadis muda berusia 18 hingga 25 tahun.
Barisan 16 peserta Pencarian Dewi Remaja diumumkan dalam satu sidang media pada Khamis, dengan edisi kali ini dijangka memberi impak berbeza berdasarkan kepelbagaian latar belakang pesertanya.
"Jumlah pengikut di media sosial tidak memainkan peranan langsung kerana kalau itu menjadi faktor, 80 peratus finalis ini tidak layak sebab ada yang hanya mempunyai 1,000 pengikut sahaja.
"Mereka dipilih berdasarkan kriteria seperti komunikasi, penampilan dan cara pembawakan diri.
"Tahun ini kita ambil peserta berusia 25 tahun disebabkan banyak permintaan, jadi selepas berbincang kita anjakkan usia kelayakan ke setahun lagi menjadi 25 tahun," kata Editor Pengurusan REMAJA, Fiezreen Ahmad.
Bagi mengelakkan kontroversi seperti yang pernah tercetus sebelum ini, pemilihan peserta dibuat teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek latar belakang mereka.
"Antara measurement untuk 16 peserta ini ialah kita hantar kepada pihak berwajib untuk tapis perkara tertentu seperti salah laku sebab kita mahu apabila masuk dalam industri, mereka selesa.
"Kalau mereka pernah terbabit dengan perkara yang tidak baik, itu akan menjejaskan kedua-dua belah pihak, jadi kami pastikan mereka bebas dari perkara tidak baik sebelum membuat pemilihan," kata Pengurus Saluran Astro RIA, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh.
Pencarian Dewi Remaja kali ini menampilkan pelakon Fikry Ibrahim sebagai hos dan Rozita Che Wan sebagai juri tetap, selain seorang juri jemputan setiap minggu.
Pemilihan Rozita Che Wan sebagai juri tetap adalah berdasarkan kredibiliti yang dimiliki bekas finalis Dewi Remaja 1994 itu, yang berjaya mencipta nama sebagai antara pelakon, model dan jurucakap terkenal di Malaysia.
Pencarian Dewi Remaja 2022 akan ditayangkan di Astro RIA jam 8.30 malam, bermula 16 Julai ini.
Penonton juga berpeluang memilih dewi kegemaran mereka bagi kategori Dewi Favourite, menerusi undian di laman web rasmi majalah Remaja.
Madiha Abdullah
Fri Jul 08 2022

Finalis edisi kali ini dijangka memberi impak berbeza berdasarkan kepelbagaian latar belakang pesertanya. - Foto Instagram/Remaja

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Diberi nafas baharu, HeroDewi Remaja 2023 mahu lahirkan lebih banyak bakat baharu
Pelakon dan model, Scha Al-yahya pula sekali lagi diberi mandat untuk menjadi mentor dan juri tetap program tersebut.

Perisian tidak sah: Ganggu periuk nasi penggiat seni - Shaza Bae
Sampai bila perkara ini harus terjadi?

Hero Remaja kembali mencari bakat-bakat baharu
Daripada 600 bakat baharu yang hadir ke ujibakat, akhirnya 12 finalis telah pun berjaya di pilih untuk merebut gelaran Hero Remaja.

Isu 'Stop Dreaming', ini jawapan Neelofa kepada Zahnita
Neelofa berkata dia faham apa yang cuba diperkatakan Zahnita, namun ia lebih manis jika Zahnita menghubunginya secara peribadi.

"Stop dreaming dik!" - Pernah jadi mentor Dewi Remaja, Zahnita bagi pesanan padu untuk Neelofa
Paparan skrin yang menyaksikan Neelofa dilantik sebagai wajah rasmi Swarovski membuatkan Zahnita, selaku mentor Neelofa ketika Dewi Remaja suatu ketika dulu memberikannya nasihat dan peringatan.

"Terima kasih Hatta Dolmat, I still can't move on..." - Haneesya Hanee
A night to remember!

Saya mengaku memang on and off berhijab - Ernisha
'Buat masa ini, saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan, dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih.'

Mahkota Dewi Remaja dilucut: Warna kulit tiada kaitan dengan apa yang saya lakukan - Haneesya Hanee
Haneesya Hanee jadi mangsa netizen.

'Saya mohon maaf, tak pandai didik anak' - Ibu Haneesya
"Saya memohon maaf... itu bukan salah dia, salah saya yang tidak pandai mendidik anak".

Dilucut mahkota Dewi Remaja, ini nasihat Janna Nick pada Haneesya Hanee
Semoga nasihat ini dapat menjadi pembakar semangat buat Haneesya Hanee.