KOTA BHARU:Kejayaan filem "Mael Totey The Movie" arahan pertama Muhammad Syahmi mengutip lebih RM7 juta, bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Zakaria Abdul Hamid berkata, pengumuman secara rasmi akan dibuat pada satu majlis apresiasi bagi menghargai mereka yang berjaya dalam bidang perfileman negara awal tahun depan.
"Pengarah muda ini akan diangkat namanya sebagai ikon selepas berjaya menghasilkan filem dengan kutipan yang tinggi dan ini satu pengiktirafan kepada anak-anak muda.
"Dia (Muhammmad Syahmi) bukan sahaja berjaya dalam usahanya tetapi juga telah mengangkat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam filemnya," katanya ketika melawat pejabat produksi pengarah itu di sini hari ini.
Beliau berkata pengarah muda itu telah membuktikan kejayaannya tanpa meminta bantuan pihak lain termasuk FINAS.
Zakaria berkata pengarah muda yang lain perlu menghasilkan karya yang dikehendaki golongan muda yang tidak lagi tertumpu kepada kisah yang stereotaip sebaliknya bagaimana dapat membina bangsa dan negara melalui filem.
"Kita tidak mahu berterusan kisah cinta seperti orang kaya berkahwin dengan orang miskin tetapi mesti mempunyai idea bagaimana dapat memberi semangat kepada golongan muda dalam membina negara," katanya.
Sementara itu Muhammad Syahmi, 25 tahun, berkata beliau merancang untuk menghasilkan satu filem baharu hujung tahun hadapan, dengan penggambaran dijangka bermula pada bulan Mac.
"Kejayaan Mael Totey akan menjadi perangsang kepada saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan akan menggunakan pelakon yang sama untuk filem berlatarbelakangkan kehidupan rakyat Kelantan," katanya.
Beliau seterusnya menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau mengeksploitasi golongan OKU, sebaliknya beliau berkata apa yang dilakukannya adalah untuk mengangkat kebolehan golongan itu.
"Kalau saya menggunakan mereka (eksploitasi), sudah lama mereka tidak bersama saya," katanya, yang juga seorang Youtuber.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 15 2020

Pengarah muda yang lain perlu menghasilkan karya yang dikehendaki golongan muda yang tidak lagi tertumpu kepada kisah yang stereotaip sebaliknya bagaimana dapat membina bangsa dan negara melalui filem. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Pengiklanan digital beri impak positif dalam pemasaran ketika PKP
Penggunaan iklan digital menerusi televisyen dan radio dapat memberi impak positif dalam jualan dan pemasaran sesebuah perniagaan di era norma baharu ketika ini.

Pengarah 'Mael Totey The Movie' bakal diangkat sebagai ikon pengarah muda - Finas
Kejayaan filem "Mael Totey The Movie" arahan pertama Muhammad Syahmi mengutip lebih RM7 juta, bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda.

Shazmi Syazli tidak mahu bergabung dengan pengarah lain kerana...
Mael Totey The Movie (MTM) berjaya menandingi filem pecah panggung di Astro First seperti Polis Evo dan Hantu Kak Limah (HKL).

Mael Totey The Movie kutip hampir RM700,000 pada hari pertama tayangan
Mael Totey The Movie mengisahkan seorang pemuda, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.