PRODUKSI filem Anwar: The Untold Story kecewa dengan sesetengah pawagam enggan memberi sokongan terhadap tayangan naskhah biopik yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, Khamis lalu, namun jumlah kutipan tidak memenuhi sasaran apabila filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan edaran oleh DMY Creation seperti ‘disabotaj’ oleh pihak pawagam.
Meluahkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku, Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff berkata, ada pawagam enggan bekerjasama dengan memberi lebih slot tayangan untuk filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu.
“Saya kesal filem Anwar: The Untold Story disabotaj oleh pihak pawagam.
“Lebih mengecewakan ada pawagam menyediakan 40 slot tayangan untuk filem antarabangsa, namun hanya memberikan empat slot untuk naskhah yang mengangkat kisah perjuangan dan pengorbanan Perdana Menteri menentang amalan rasuah ini.
“Ia adalah tindakan tidak adil, sedangkan filem Anwar: The Untold Story ini sedang mendapat perhatian ramai, apatah lagi, ia mengenai kisah Perdana Menteri,” katanya.
Produksi buat tinjauan setiap hari
Mohamed Yusoff berkata, pasukan produksi membuat tinjauan setiap hari untuk mengetahui respons penonton.
“Ramai penonton membuat aduan tidak dapat menonton di beberapa pawagam berikutan tiada slot tayangan.
“Jadi, kami bertindak membuat aduan kepada pihak pawagam, namun keadaan masih sama pada hari ketiga tayangan, semalam.
“Justeru, kami tidak boleh mendiamkan diri dan memilih untuk bersuara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.
Impak buruk
Katanya, tindakan pawagam tidak memberikan sokongan terhadap filem tempatan memberi impak buruk terhadap pembangunan industri perfileman.
“Ini juga satu tindakan yang tidak adil buat pembikin karya tempatan.
“Kami menghasilkan karya dengan bajet tinggi, namun bagaimana industri perfileman tempatan mampu bergerak ke hadapan sekiranya pihak pawagam bertindak mensabotaj terhadap karya tempatan.
“Industri perfileman tempatan tentunya akan berada di takuk lama dengan tindakan tidak bertanggungjawab sebegini,” ujarnya.
Bezakan politik dan hiburan
Mohamed Yusoff berkata, pihak berkenaan juga perlu tahu penting membezakan politik dan hiburan.
“Kalau kita sendiri enggan memberikan sokongan terhadap karya tempatan, siapa lagi boleh membantu?
“Timbul juga persoalan apa yang menjadi penghalang pihak pawagam menyediakan lebih banyak slot tayangan dan siapa perlu bertanggungjawab?
“Saya berharap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dapat memantau perkara ini agar layanan karya tempatan dan antarabangsa diberikan sama rata,” ujarnya.
Anwar: The Untold Story dibintangi Farid Kamil yang memegang watak Anwar, manakala aktres popular Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.
Selain itu, filem berdurasi berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berdurasi 108 minit turut dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Ia menemui penonton di 124 pawagam seluruh Malaysia sejak Khamis lalu. -- Gempak
Gempak
Tue May 23 2023
Walaupun mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, Khamis lalu, namun jumlah kutipan tidak memenuhi sasaran. - Gempak
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Kerajaan Thai digesa runding pembebasan warga tempatan
Kerajaan Thailand digesa untuk segera runding pembebasan warga tempatan yang berada dalam tahanan Hamas.
Pemeriksaan telefon bimbit hanya terhadap individu disyaki, bukan secara rambang - KPN
Polis hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes.
Pekeliling palsu arah pelajar tonton Anwar: The Untold Story, KPM buat laporan polis - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia menafikan satu pekeliling tular yang mengarahkan warganya termasuk pelajar untuk menonton filem Anwar: The Untold Story.
KKD siasat dakwaan filem Anwar: The Untold Story disabotaj
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menyiasat dakwaan berhubung filem Anwar: The Untold Story yang mula ditayangkan pada Khamis lalu, disabotaj.
Pengedar dakwa filem Anwar: The Untold Story disabotaj pawagam
Produksi filem Anwar: The Untold Story kecewa dengan sesetengah pawagam enggan memberi sokongan terhadap tayangan naskhah biopik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Siti Nurhaliza sudah rakam 7 lagu untuk album baharu, konsert solo tahun depan
Siti Nurhaliza memberikan khabar gembira buat peminatnya, Sitizoners dan penggemar muzik apabila memberitahu siap untuk muncul dengan album baharu.
Fahmi ajak orang ramai tonton filem 'Anwar: The Untold Story'
Fahmi berkata secara peribadi beliau berasa sebak melihat paparan perjalanan hidup Anwar yang dipertontonkan dalam filem tersebut.
Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'
Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 tetamu VIP yang terdiri daripada penggiat industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.
"Saya Gambarkan Wan Azizah" - Siti Nurhaliza teruja nyanyi lagu OST filem Anwar The Untold Story
Menurut Siti, dia juga sudah lama mahu bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat dari seberang itu.
Anwar sebak tonton petikan filem "Anwar: The Untold Story"
Beliau dan isteri kelihatan tidak mampu menahan sedih apabila babak-babak episod duka membabitkan Presiden PKR itu ditayangkan dalam treler filem tersebut.
Farid Kamil ambil masa sebulan belajar angkat tangan macam Anwar
Farid Kamil yang memegang watak Anwar berkata, persiapan tersebut dilakukan sebaik mungkin sebelum dia berangkat ke Jakarta, Indonesia untuk penggambaran.