KUALA LUMPUR:Penggiat seni perlu mengadaptasi diri dengan norma baharu demi kelangsungan hidup dan tidak boleh sekadar mengeluh serta bersedih kerana orang ramai tidak boleh menonton karya seni di panggung, auditorium dan pentas ekoran pandemik COVID-19.
Karyawan teater Fauziah Nawi berkata dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, perlu ada kerjasama antara penggiat seni, pengeluar produk seni dan kerajaan dalam membawa seni persembahan negara ke peringkat tinggi menggunakan platform digital.
"Setiap rakyat Malaysia harus memainkan peranan menyokong seni dan sastera kerana ia adalah maruah negara," kata Pengarah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefanie) itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mengenai Pendigitalan Kandungan Kreatif dalam rancangan Temu Minda terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang disiarkan secara dalam talian di akaun facebook Kementerian itu malam Rabu.
Fauziah berkata sebagai penggiat seni generasi lama, beliau banyak belajar dan bekerjasama dengan generasi muda dalam menghasilkan teater arahannya 'Rasa' yang dipentaskan secara dalam talian bermula Rabu hingga 22 Dis.
Teater itu mengangkat naskhah Sasterawan Negara Usman Awang dan mengisahkan pertelingkahan Laksamana Hang Tuah dan Laksamana Hang Jebat atas nama kesetiaan kepada raja serta pengorbanan demi menegakkan keadilan.
Seorang lagi tetamu rancangan itu, Presiden Persatuan KakiSeni Low Ngai Yuen berkata kerajaan memang perlu membantu golongan seni namun penggiat seni sendiri harus proaktif dan bergerak ke hadapan dengan menggunakan platform digital dalam berkarya.
Beliau berkata ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan, ramai ibu bapa mahukan anak mereka didedahkan kepada kemahiran dan seni baharu.
Katanya permintaan itu mendorong beberapa aktiviti dianjurkan bagi mengasah seni kreatif dan seni persembahan kanak-kanak termasuk bercerita secara dalam talian.
Sementara itu, Saifuddin berkata kerajaan komited untuk memperkasakan seni dan budaya negara menggunakan teknologi digital selaras dengan kehidupan pasca COVID-19.
"Anak seni harus terus berkarya dan hasil seni harus terus dinikmati masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 16 2020

Fauziah berkata sebagai penggiat seni generasi lama, beliau banyak belajar dan bekerjasama dengan generasi muda dalam menghasilkan teater arahannya 'Rasa'. -Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hidupkan kembali karya sastera dengan digitalisasi
Langkah itu juga bertujuan memastikan generasi muda terus menghargai dan memahami nilai sastera.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

Lebih 150 penggiat seni sertai majlis bacaan Yasin dan tahlil Karyawan
Majlis anjuran Karyawan sempena Majlis Semarak Zulhijah itu diadakan dengan kerjasama surau berkenaan bermula 7 malam.

Kerajaan komited pastikan kebajikan veteran seni tanah air terjaga - Fahmi
Fahmi berkata beberapa perancangan bagi menyantuni artis-artis veteran sedang dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya.

Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.

Belanjawan 2024: Kerajaan sedia RM160 juta untuk penggiat seni
Kerajaan menyediakan RM160 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam usaha menyokong bakat-bakat kreatif tempatan.

DKD Industri Muzik buka peluang hasil karya berkualiti tinggi
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik akan dibuka mulai 23 Mac ini.

Elak risiko tinggi di set penggambaran, Bront Palarae nasihat penggiat seni ambil insurans perlindungan
Ia sebagai persediaan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini ketika di set penggambaran.

Akta 244 tidak boleh atasi peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 - Finas
Md Nasir berkata perkara itu tidak memberi kuasa perundangan kepada Finas berhubung isu lebih masa yang melibatkan penggiat seni.