PENYANYI Aizat Amdan menafikan khabar angin mendakwa sudah berkahwin secara senyap-senyap dan mempunyai seorang anak.
Kata Aizat, 33, gambar bayi yang dimuat naik di laman Instagramnya, baru-baru ini merupakan anak saudaranya dan bukan anaknya.
"Astaghfirullah, nauzubillah min zalik. Allahuakbar. Sebenarnya, muka budak itu memang macam muka saya.
"Budak itu yang kalian lihat dalam Instagram adalah anak kakak saya," katanya ketika ditemui wartawan Gempak, baru-baru ini.
Aizat ditemui pada majlis berbuka puasa dan malam media Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, di ibu negara, pada Rabu.
Sementara itu, mengulas mengenai hubungannya dengan seorang wanita bernama Elyssa Alia, Aizat memaklumkan bahawa itu teman wanitanya yang bakal dikahwini tidak lama lagi.
"Insya-Allah, ada dalam perancangan (untuk berkahwin). Dia merupakan orang yang istimewa dalam hidup saya.
"Sekarang ini, dia teman wanita sayalah senang cerita. Untuk benda-benda lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian," ujarnya yang sudah selesai majlis merisik pada 12 Februari lalu.
Kedua-duanya berkenalan sejak dua tahun lalu dan Elyssa kini menguruskan kerjaya seni Aizan termasuk syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro GEMPAK
Gempak
Fri Apr 08 2022
![Penyanyi Aizat Amdan tampil nafi sudah kahwin 'senyap-senyap' Penyanyi Aizat Amdan tampil nafi sudah kahwin 'senyap-senyap'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649398084_TBAIZATAMDAN.jpg)
Aizat tampil untuk menjelaskan gambar bayi berkenaann merupakan anak abangnya. - Foto IG Aizat Amdan
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
![COVID-19: Tolong duduk di rumah! - Selebriti tempatan ajak rakyat Malaysia prihatin keadaan semasa COVID-19: Tolong duduk di rumah! - Selebriti tempatan ajak rakyat Malaysia prihatin keadaan semasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81584602476_siti.jpg)
COVID-19: Tolong duduk di rumah! - Selebriti tempatan ajak rakyat Malaysia prihatin keadaan semasa
Selebriti tanah air ajak rakyat segenap lapisan supaya menuruti gesaan kerajaan agar duduk di rumah bagi membantu bendung COVID-19.