MELAKA TENGAH: Pernah mencipta populariti dan hidup serba mewah, komposer dan penerbit terkenal, Ross Ariffin atau nama sebenarnya Roslan Ariffin, 61, mengakui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.
Berjaya menghasilkan 64 lagu buat beberapa pelantun suara besar negara seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Liza Aziz, Ross yang kini ditempatkan di Rumah Orang Tua, Bukit Larang di sini tekad untuk bangkit daripada hidup merempat.
Bapa kepada dua anak itu berkata, sisi gelap kehidupannya bermula apabila dia yang sebelum ini aktif mencipta lagu dan menjadi tenaga pengajar di sebuah akademi muzik di ibu kota hilang punca pendapatan.
Rentetan itu dia hidup sebagai gelandangan dan berpindah-randah sejak tiga tahun lalu di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur dan juga Melaka sebelum diserang angin ahmar sebanyak dua kali dan menyebabkannya sukar untuk berjalan dan bercakap.
“Memang saya rindu (kembali aktif), tetapi mungkin agak sukar kerana saya memerlukan masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya sebelum kembali bermain alat muzik.
“Tetapi saya yakin walaupun usia sudah agak lanjut, saya mampu bangkit semula dan aktif mencipta lagu seperti sebelum ini yang mana sekarang ini pun saya ada perancangan mencari penyanyi baharu yang bersuara emas untuk menyanyikan semula beberapa lagu yang telah saya cipta,” katanya kepada Astro AWANI.
Ujarnya yang sudah berpisah bersama bekas isteri sejak 10 tahun lalu, secara peribadi dia tidak menyangka takdir hidupnya berubah sekelip mata.
Bagaimanapun dia bersyukur apabila sumbangannya suatu ketika dahulu masih lagi dihargai sehinggakan pernah dibenarkan menginap di hotel bajet di Jonker Walk, di sini secara percuma untuk suatu tempoh yang panjang.
“Saya mula menjadi gelandangan sebelum pandemik COVID-19 lagi di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka dalam tempoh beberapa tahun ini sebelum ada wakil pemimpin Melaka bawa saya menetap di rumah orang tua ini.
“Dahulunya saya pernah membesar dan menetap di London serta menjadi pemain alat muzik profesional dan walaupun sudah menginjak usia senja, saya tidak mahu mensia-siakan bakat kurniaan Allah ini,” ujarnya
Sementara itu, Penasihat Rumah Orang Tua, Bukit Larang, Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri terpanggil untuk membantu beliau dan menempatkan komposer itu di pusat perlindungan berkenaan yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, JKM juga telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap bulan yang mula dikreditkan semenjak September lalu.
“Bukan itu sahaja, saya juga telah menghubungi beberapa pihak berkaitan dan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Yayasan Nur Jiwa serta Fauziah Latif turut bersetuju untuk menghulurkan sumbangan.
“Sudah pasti apabila ditempatkan di rumah orang tua ini, kita akan memastikan kebajikan Ross yang juga aset muzik tanah air ini terbela,” ujarnya.
Antara kejayaan diraih Ross adalah melalui lagu ‘Semalam Ku Tolak Ke Tepi’ nyanyian Liza Aziz memenangi ABU Golden Kite World Song Festival dan lagu ‘Ceritera Cinta’ nyanyian Jaclyn Victor menang Vokal Terbaik Juara Lagu (AJL) Ke-22 pada 2008.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Oct 23 2023
![Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698052034_RossAriffin.jpg)
Ross ketika ditemui di Rumah Orang Tua, Bukit Larang di sini. - Foto Astro AWANI
![Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593151_TBIMAN.jpg)
Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.
![Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.
![Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
![Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi! Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739595654_AwieMBOR.jpg)
Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.
![Wanita ditemui mati dalam tandas Wanita ditemui mati dalam tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739599151_WanitaMautTandas.jpg)
Wanita ditemui mati dalam tandas
Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan di Batu Gajah pada Sabtu.
![Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739595287_TBZaliha.jpg)
Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.
![Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739597935_TBbotterbalik.jpg)
Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas
Seorang pemuda dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat selepas bot digunakan mereka untuk menjala terbalik di Jasin.
![CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739590711_CaptainNorazmanMah.jpg)
CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.
Hampir 10,000 kakitangan agensi kerajaan dipecat pentadbiran Trump
Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk untuk mengurangkan birokrasi negara itu secara ketara menyaksikan pemecatan hampir 10,000 kakitangan kerajaan Persekutuan.
AWANI Ringkas: Isu hal ehwal agama bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Allahyarham Ahmad Nawab tokoh legenda industri muzik - Seniman Allahyarham Ahmad Nawab tokoh legenda industri muzik - Seniman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732456044_TBAHMADNAWAB.jpg)
Allahyarham Ahmad Nawab tokoh legenda industri muzik - Seniman
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan komposer terkenal Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab sebagai tokoh legenda industri muzik yang berpengalaman luas di peringkat tempatan dan serantau.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga S. Atan Fahmi ucap takziah kepada keluarga S. Atan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731756576_TBatan.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga S. Atan
Beliau berkata pemergian komposer legenda itu, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun, merupakan kehilangan besar buat industri muzik tanah air.
![Komposer legenda S. Atan meninggal dunia Komposer legenda S. Atan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731746652_TBBelasungkawaSAt.jpg)
Komposer legenda S. Atan meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang Sabtu.
![Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698052034_RossAriffin.jpg)
Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.
![Jenazah komposer Suci Dalam Debu Wan Zul selamat dikebumikan Jenazah komposer Suci Dalam Debu Wan Zul selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665659218_WanZulkomposerm.jpg)
Jenazah komposer Suci Dalam Debu Wan Zul selamat dikebumikan
Wan Zul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kijal, Kemaman, Terengganu kira-kira jam 2.30 petang Khamis.
![Maestro Ilaiyaraaja temui peminat di KL esok Maestro Ilaiyaraaja temui peminat di KL esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664516592_TBMOJOPROJECT.jpg)
Maestro Ilaiyaraaja temui peminat di KL esok
Selepas dua tahun tertangguh ekoran COVID-19, legenda muzik India yang diiktiraf maestro, Ilaiyaraaja bakal menggegarkan MITEC menerusi Ilaiyaraaja Live in Kuala Lumpur esok.
![Jenazah komposer Adnan Abu Hassan selamat dikebumikan Jenazah komposer Adnan Abu Hassan selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458287948_AdnanAbuHassan.jpg)
Jenazah komposer Adnan Abu Hassan selamat dikebumikan
Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur bapanya Allahyarham Abu Hasan pada kira-kira pukul 10 pagi tadi dengan dihadiri anggota keluarga, rakan artis dan penduduk kampung.